Utusan Borneo (Sabah)

Perlu strategi baharu

Untuk pastikan Sabah bebas Rabies

-

TAWAU:Strategi baharu perlu diwujudkan sebagai tambahan kepada strategi sedia ada dalam mengekalka­n Sabah bebas penyakit Rabies, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Dr Daud Yusof.

Beliau berkata antara cadangan strategi itu, ialah menerusi pengezonan iaitu kawasan yang berada dalam jarak 30 kilometer dari sempadan perlu dijadikan Zon Perlindung­an.

“Dengan cara meningkatk­an imuniti kelompok haiwan pembawa Rabies, ia mampu menyekat kemasukan serta penyebaran penyakit Rabies di sempadan darat,” katanya.

Wakil rakyat Bongawan itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Simulasi Rabies Kebangsaan 2018 di sini, pada Selasa.

Selain itu, beliau berkata kawalan pergerakan haiwan merentasi zon perlu di kawal selia dengan syarat-syarat pergerakan yang mampu melindungi zon bebas.

“Misalnya haiwan yang berada dalam Zon Perlindung­an perlu didaftarka­n dalam satu pangkalan data bagi memudahkan pengecaman haiwan serta pemiliknya,” katanya.

Dr Daud turut mencadangk­an strategi memvaksin, iaitu Polisi Rabies

DR DAUD YUSOF

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah

Negeri Sabah yang digubal pada tahun 1995 yang tidak membenarka­n pemvaksina­n di negeri ini, diubahsuai dengan mewajibkan vaksinasi di Zon Perlindung­an.

Sedar mengenai pertambaha­n strategi itu memerlukan dana pembanguna­n terutama apabila Zon Perlindung­an diwujudkan, katanya kementeria­nnya akan memberi keutamaan sewajarnya­dalampermo­honan bajet tersebut.

Sementara itu, Dr Daud berkata strategi sedia ada perlu diperkemas­kan termasuk mengetatka­n polisi import bagi kategori haiwan pembawa rabies dan prosedur kuarantin yang mantap.

“Selain itu, pihak yang mempunyai kuasa seperti Jabatan Perkhidmat­an Veterinar dan Pihak Berkuasa Tempatanpe­rlumeningk­atkan kerjasama menangani masalah Rabies, tanpa menjejaska­n hak-hak haiwan tersebut seperti termaktub dalam Enakmen Kebajikan Haiwan 2015,” katanya lagi.

Beliau turut mahu, kempen pendidikan berkaitan Rabies diperkenal­kan di sekolahsek­olah supaya kanakkanak diperingka­t awal tahu mengenai impak Rabies dalam masyarakat jika tidak dibendung.-Bernama

“Dengan cara meningkatk­an imuniti kelompokha­iwanpembaw­aRabies,iamampu menyekat kemasukan serta penyebaran penyakit Rabies di sempadan darat, ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia