Utusan Borneo (Sabah)

Rayuan penduduk Kg Salung

Mohon pihak berwajib selesaikan masalah banjir

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Penduduk Kampung Salung Melawa Sepanggar merayu kepada pihak berwajib agar bantu mengatasi masalah banjir yang kerap kali menimpa kampung itu.

Keadaan banjir bukan sahaja berlaku ketika hujan lebat, tetapi hujan sederhana lebat yang berterusan dalam setengah jam turut menyebabka­n paras air meningkat.

Menurut penduduk

AB GHAFFAR TAKUNAI

kampungAbG­haffarTaku­nai, Kg Salung diibaratka­n sebagai kawasan tadahan hujan kerana kilang-kilang yang wujud di sekeliling­nya telah menyebabka­n kampung ini terhimpit sekaligus memberi kesan besar ke atas aliran air.

“Air-air yang mengalir ketika hujan tidak dapat ditampung oleh sistem perparitan yang tidak sempurna.

“Saya selalu berasa risau apabila meninggalk­an anakanak di rumah ketika saya bekerja apabila hujan yang turun tidak berhenti-henti.

“Saya cemas dan segera balik ke rumah bagi memastikan mereka dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui di sini barubaru ini.

Sementara itu, Razuan Aziz yang juga salah seorang penduduk di sana menjelaska­n rumah-rumah di kampung itu terpaksa meninggika­n dinding simen sebagai penahan banjir.

Katanya, usaha meninggika­n dinding sehingga tiga kaki dari lantai adalah bagi mengelakka­n air daripada membanjir rumah.

“Sampai bila lagi kami boleh bertahan kalau keadaan ini berterusan,” katanya sambil berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil perhatian perkara itu sekaligus menyelesai­kan masalah yang dihadapi.

Ketua Wirawati Sepanggar Erzayani Opong yang

“Kg Salung diibaratka­n sebagai kawasan tadahan hujan kerana kilang-kilang yang wujud di sekeliling­nya telah menyebabka­n kampung ini terhimpit sekaligus memberi kesan besar ke atas aliran air. ”

ERZAYANI (dua kanan) bersama beberapa penduduk Kg Salung meninjau keadaan parit yang tidak sempurna.

dijemput penduduk untuk melawat kawasan itu berkata, sistem perparitan yang ada tidak sempurna kerana terdapat longkang cetek dan tidak bersimen bagi mengelakka­n tanah jatuh semula dan menutupi saluran air.

Katanya, air hujan yang mengalir dari kilangkila­ng sekitarnya juga turut dilihat memasuki kawasan perkampung­an itu sehingga tidak dapat ditampung oleh longkang sedia ada.

“Saya juga kesal dengan kerajaan sebelum ini kerana tidak prihatin masalah yang menimpa penduduk di sini.

“Masalah banjir ini sudah banyakkali­diajukanse­panjang lebih 15 tahun kepada wakil rakyat di kawasan ini.

“Saya akan membawa masalah ini ke pihak pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai untuk perhatian dan tindakan segera,” katanya.

Beliau menjelaska­n sekiranya perlu perkara itu akan dibawa terus kepada pengetahua­n pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN rumah penduduk yang ditenggela­mi air semasa kejadian banjir baru-baru ini.
KEADAAN rumah penduduk yang ditenggela­mi air semasa kejadian banjir baru-baru ini.
 ??  ?? RAZUAN
RAZUAN
 ??  ?? GHAFFAR
GHAFFAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia