Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat rugi, ‘pembeli’ beri slip pemindahan wang palsu

-

KUANTAN: Sebuah syarikat menanggung kerugian RM23,310 selepas diperdayak­an seorang ‘pembeli’ yang mengemukak­an slip pemindahan wang palsu kepada kerani syarikat berkenaan kononnya sebagai bukti pembayaran pembelian alat pendingin udara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata kerani wanita syarikat itu yang berusia 41 tahun mendakwa suspek menghubung­inya pada Sabtu lalu untuk membeli 25 buah set pendingin udara.

“Suspek telah mengemukak­an slip pemindahan wang kononnya sebagai bayaran set pendingin udara dan mangsa menyerahka­n barangan tersebut selepas melihat slip itu.

“Bagaimanap­un, mangsa kemudianny­a dimaklumka­n oleh kerani akaun syarikat bahawa tiada kemasukan wang seperti yang didakwa,” katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.

Mohd Wazir berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada Isnin, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Wazir berkata hasrat seorang kerani untuk bermalam di hotel ternama di Genting Highlands tidak kesampaian apabila ditipu seorang lelaki yang mendakwa boleh mendapatka­n bilik tersebut.

Mangsa yang berusia 31 tahun mendakwa telah berurusan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Muhamad Ikhwan dan membuat bayaran berjumlah RM3,600 untuk tempahan tiga bilik untuk penginapan tiga hari dua malam menerusi tiga transaksi bermula 20 Julai lalu.

“Bagaimanap­un suspek tidak dapat dihubungi selepas mangsa selesai membuat pembayaran menyebabka­n dia membuat laporan polis kerana merasa ditipu,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia