Utusan Borneo (Sabah)

JBPM usaha selamat pendaki wanita cedera di Lojing

-

GUA MUSANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang berusaha menyelamat­kan seorang pendaki wanita yang cedera ketika mendaki Gunung Yong Yap, Lojing di sini, sejak Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Anuar Abas berkata mengikut laporan yang diterima mangsa Mazsidah Muhammad, 31, dari Tanah Merah ditemani seorang pemandu pelancong masih berada di puncak gunung itu kerana tidak dapat berjalan akibat kaki kanannya terseliuh.

“Sekumpulan 20 orang mendaki gunung itu sejak lima hari lepas dan ketika turun dari gunung itu pada pagi Ahad lepas, tiga daripada merekadila­porkancede­radantidak boleh meneruskan perjalanan,” katanya kepada pemberita di Lojing di sini, pada Selasa.

Anuar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 10.37 pagi Ahad dan enam anggota bergegas ke lokasi sebelum berjaya membawa turun dua mangsa yang cedera kerana kaki terseliuh iaitu Norhayati Ibrahim, 42, dan Ani Murni Abd Hamid, 32 tahun.

“Dua pendaki itu berjaya diselamatk­an pukul 10 malam berikutan gunung berkenaan terletak jauh dari Lojing hingga mengambil masa berjalan lapan jam dan dua pendaki itu telah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lojing.

Mazsidahdi­laporkanma­sihstabil dan makanan yang dibawa masih mencukupi. Usaha menyelamat dengan menggunaka­n helikopter pada Isnin tidak berhasil kerana keadaan cuaca yang tidak baik dan operasi diteruskan semula pagi Selasa,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia