Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an NCS bentuk generasi berdaya saing

- Oleh NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

PERTANDING­AN

Cabaran Sains Kebangsaan (NCS) membentuk generasi muda yang lebih berdaya saing.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk Dr. D. Kamarudin D. Mudin berkata, generasi muda negara perlu dilatih untuk bersaing dalam bidang sains, teknologi, kejurutera­an, dan matematik (Stem).

Menurutnya, menerusi NCS, ia memberi pendedahan luas untuk membentuk modal insan bidang Stem dari peringkat sekolah.

“Dalam ledakan revolusi perindustr­ian keempat, kemajuan teknologi semakin canggih yang akan mengubah gerak kerja dan cara hidup manusia.

“Justeru, ia memerlukan tahap kemahiran dan pengetahua­n yang lebih tinggi dalam bidang Stem,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertanding­an NCS Peringkat Negeri Sabah 2018 di Kota Kinabalu pada Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Dekan Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS Prof. Dr. Baba Mosta.

Kamarudin berkata, pertanding­an NSC bukan sahaja memupuk dan melahirkan generasi muda yang berkemahir­an serta berpengeta­huan tinggi.

Malah jelasnya, ia juga salah satu inisiatif dalam menyediaka­n generasi muda ke arah era revolusi perindustr­ian keempat.

Pasukan dari Sekolah Menengah (SM) Sung Siew Sandakan muncul johan dalam pertanding­an itu diikuti SM Sains Lahad Datu di tempat kedua dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arshad Kota Belud tempat ketiga.

 ??  ?? PESERTA menjawab soalan kuiz semasa pertanding­an dijalankan.
PESERTA menjawab soalan kuiz semasa pertanding­an dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia