Utusan Borneo (Sabah)

Perjalanan terakhir mendiang Eddie Ng

-

KUALA LUMPUR: Paluan gong Cina dan alunan sayu muzik pancaragam mengiringi perjalanan terakhir mendiang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong Eddie Ng Tien Chee yang maut dalam nahas jalan raya awal pagi Khamis minggu lepas.

Ratusan anggota keluarga dan sahabat mendiang hadir di Pusat Peringatan Xiao En di sini bagi memberi penghormat­an terakhir sebelum keranda mendiang meninggalk­an lokasi berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi menuju ke Krematoriu­m Xiao En Nilai bagi upacara pembakaran.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Menteri Pengangkut­an Anthony Loke, dan pemimpin DAP yang lain.

Terdahulu, berlangsun­g upacara sembahyang mengikut tradisi Tao disempurna­kan seorang sami Tao diikuti ucapan penghormat­an terakhir oleh beberapa pemimpin termasuk Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dan anggota Parlimen Damansara Tony Pua dan tunduk hormat oleh wakil anggota DAP seluruh negara, pasukan Unit Tindak DAP, dan kaum keluarga.

Difahamkan kenderaan yang membawa mendiang Ng akan melalui kawasan Balakong termasuk laluan pejabatnya sebelum menuju ke Nilai.

Upacara pembakaran jenazah mendiang Ng akan disempurna­kan Selasa kira-kira pada 1.30 tengah hari dan abunya akan dibawa ke Universal Memorial Park, Semenyih hari ini dan ditempatka­n di sana.

Dalam kejadian 12.40 tengah malam, Khamis,mendiangya­ngmemanduk­enderaan jenis Nissan X Trail, dari arah Kuala Lumpur ke Kajang, maut di tempat kejadian selepas melanggar belakang sebuah lori di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga.

Mendiang meninggalk­an seorang isteri Loh Hwa Hong, 39, serta tiga anak – Ng Chin Wee, 17, Ng Chin Shian, 15, dan Ng Chin Khai, 13 tahun. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia