Utusan Borneo (Sabah)

Suhakam alu-alukan pemansuhan undang-undang tindas rakyat

-

KUALA KANGSAR: Pemansuhan dan penghapusa­n sebarang undang-undang yang tidak lagi releven atau dilihat menindas rakyat merupakan sesuatu yang wajar terutama dalam menuju negara maju.

Pengerusi Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Razali Ismail mengambil contoh Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebagai melanggar hak asasi manusia dan usaha memansuhka­nnya adalah tepat.

Katanya beberapa undangunda­ng lain sedia ada terbukti mampu untuk menjaga negara ini daripada sebarang ancaman.

“Kita mahu menjadi negara maju dan kita tidak boleh lagi berlakunya penindasan terhadap rakyat. Saya bimbang bila kuasa melebihi segala-galanya akan berlaku benda-benda yang boleh menyalahi undang-undang dalam memberikan keadilan kepada rakyat,” katanya.

Beliau bercakap kepada Bernama selepas program Suhakam Bersama Masyarakat di Dewan Auditorium Tun Abdul Razak di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di sini, Selasa.

Razali mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bercadang memansuhka­n SOSMA kerana menyifatka­n akta itu banyak menindas rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata setiap golongan rakyat di negara ini walaupun mempunyai cara hidup berbeza hendaklah diberikan peluang untuk bekerja dan mendapatka­n hak yang adil.

Terdahulu dalam dialog tersebut, Razali berkata kerajaan hendaklah memberi peluang kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil lahir untuk mendapatka­n pendidikan yang sewajarnya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia