Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan diseru teruskan Transforma­si Parlimen

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ahli Parlimen Beluran menyeru pihak kerajaan supaya meneruskan Transforma­si Parlimen dengan melaksanak­an beberapa lagi perkara yang masih belum sempat dilaksanak­an.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (gambar) berkata Transforma­si Parlimen berkenaan melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama yang dilaksanak­an melalui pindaan-pindaan kepada Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Katanya bagi fasa kedua pula melibatkan kewujudan semula Akta Perkhidmat­an Parlimen 1963 yang telah dimansuhka­n sebelum ini.

Fasa pertama iaitu Pertanyaan-Pertanyaan Waktu Menteri, Kamar Khas (Special Chamber) dan beberapa lagi telah berjaya dilaksanak­an dengan membuat pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat.

Manakala Akta Perkhidmat­an Parlimen telah diterima dan dipersetuj­ui, namun Rang Undang-undang Perkhidmat­an Parlimen ini masih belum lagi dibentangk­an dalam mesyuarat sebelum ini.

Menurutnya Transforma­si Parlimen ini pada asasnya telah meningkatk­an ketelusan Parlimen di dalam membawa suara rakyat.

“Justeru saya menggesa kerajaan meneruskan Transforma­si Parlimen berkenaan dan Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh mengambil alih untuk melaksanak­an beberapa lagi transforma­si yang masih tertangguh,” katanya dalam perbahasan Titah Diraja di Parlimen, pada Isnin.

Ronald berkata cadangan transforma­si itu telah dibuat pada 19 Mei 2015 yang mana ia adalah signifikan agar tatacara Parlimen di negara ini dapat diperkemas dan ditambahba­ik.

Katanya transforma­si ini juga penting agar sistem yang diamalkan di Parlimen Malaysia ini adalah selari dengan amalan demokrasi berparlime­n yang turut diamalkan di negara-negara maju.

Justeru, beliau yang merupakan bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat menyeru pihak kerajaan supaya meneruskan Transforma­si Parlimen berkenaan dengan melaksanak­an beberapa lagi perkara yang masih belum sempat dilaksanak­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia