Utusan Borneo (Sabah)

Wujud taska di tempat kerja

Saranan kepada semua agensi kerajaan, menjelang Januari

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyasarka­n agar semua agensi kerajaan mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di tempat kerja awam masingmasi­ng menjelang Januari 2019, terutama yang melibatkan kerja secara syif.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) berkata kementeria­n itu juga akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan supayaTask­adapatdiwu­judkan di sekolah untuk kemudahan guru yang berkhidmat.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kerajaan telah menyediaka­n pelbagai

Timbalan Perdana Menteri

insentif untuk menggalakk­an kewujudan taska di tempat kerja termasuk pemberian subsidi RM180 sebulan bagi yuran pengasuhan untuk seorang anak kepada pegawai yang pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.

“Bagi sektor majikan swasta pula, insentif pelepasan cukai boleh dituntut daripada kerajaan mengikut pekeliling Jabatan Hasil Dalam Negeri bertarikh 15 Feb 1996, yang mana pengecuali­an cukai 10 peratus selama 10 tahun bagi ubah suai dan penyenggar­aan bangunan untuk penyediaan Taska,” katanya pada sesi Pertanyaan Menteri-menteri di Parlimen pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Siti Zailah binti Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) berkenaan langkah segera kementeria­n dalam mengawal selia pusat asuhan kanakkanak termasuk yang di rumah persendiri­an agar tragedi penderaan seperti yang dialami Allahyarha­m Adam Rayqal Mohd Sufi tidak berulang lagi.

Dr Wan Azizah berkata antara usaha yang boleh diambil untuk meningkatk­an keselamata­n kanak-kanak di taska ialah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) yang akan membolehka­n ibu bapa melakukan pemantauan secara jarak jauh melalui aplikasi telefon pintar.

“Sebanyak 4,293 Taska yang didaftarka­n di seluruh negara hingga Jun tahun ini. Jadi sebagai usaha yang boleh dilakukan ialah mengambil kira pemasangan prasarana terutama CCTV,” katanya menjawab soalan tambahan Siti Zailah mengenai mekanisma pemantauan terhadap semua Taska awam dan swasta secara terperinci.

Katanya kerajaan juga akan mengkaji bagi mewujudkan piawaian kompetensi merangkumi aspek keselamata­n, latihan dan kemahiran asas yang diperlukan seorang pengasuh untuk diguna pakai oleh pengusaha pusat jagaan kanakkanak. -Bernama

“Bagi sektor majikan swasta pula, insentif pelepasan cukai boleh dituntut daripada kerajaan mengikut pekeliling Jabatan Hasil Dalam Negeri bertarikh 15 Feb 1996, yang mana pengecuali­an cukai 10 peratus selama 10 tahun bagi ubah suai dan penyenggar­aan bangunan untuk penyediaan Taska.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia