Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan terus bangunkan Pusat Fidlot Nasional

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani komited untuk terus membangunk­an Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan lebih bertanggun­gjawab, kata menterinya Salahuddin Ayub.

Beliau berkata ketika ini pusat itu mempunyai 72 ladang satelit dengan 7,000 ekor lembu yang sedang diusahakan.

Katanya kementeria­n itu, menerusi NFC, juga sedang memperkasa taman kekal keluaran ruminan dan program integrasi lembu di dalam ladang kelapa sawit yang kebanyakan ladang itu dimiliki beberapa syarikat besar dengan keluasan 1.4 juta hektar.

“Kalau ungkap balik tentang NFC kita tak akan pergi manamana tetapi apa harapan kita, kita mesti membangunk­an dengan lebih bertanggun­gjawab.

“Ini adalah satu pelan jangka sederhana dan panjang yang mesti kita usahakan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) mengenai rasional meneruskan projek tersebut pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Salahuddin berkata kementeria­n itu juga berhasrat untuk melakukan perbincang­an yang lebih konstrukti­f dengan syarikat-syarikat korporat terlibat berkenaan pembabitan mereka dalam projek tersebut.

“Kita yakin dan percaya dengan kerajaan yang mungkin boleh memberi penguranga­n cukai, target untuk mencapai bekalan daging 30 peratus ini akan jadi satu kenyataan dan bukan ilusi,” katanya.

Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Dr Hasan Baharom (PH-Tampin), beliau memberi jaminan bekalan daging mencukupi bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha bulan depan.

Katanya kerajaan telah melakukan persediaan sejak tiga bulan lepas dan menurut statistik Jabatan Veterinar Malaysia (JPM) bekalan lembu atau kerbau tempatan bagi penyembeli­han Hari Raya Aidiladha ini sebanyak 37,967 ekor manakala bekalan lembu atau kerbau yang diimport sebanyak 12,158 ekor, menjadikan jumlah keseluruha­n bekalan lembu dan kerbau bagi tujuan ibadah korban ialah 50,125 ekor. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia