Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tidak terikat dengan keputusan CEP

-

KUALALUMPU­R:Kerajaan tidak terikat kepada sebarang pandangan atau keputusan yang dibuat Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VK Liew berkata ini kerana peranan CEP hanyalah dalam kapasiti penasihat dan tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif.

“Kerajaan sebelum ini (Barisan Nasional) juga melantik banyak advisory body (badan penasihat) seperti advisory bodies on 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) (badan penasihat atas 1MDB) dan special advisory on many other bodies (penasihat khas atas badan-badan lain) . Tetapi soal akauntabil­iti atau locus standi bagi CEP ini tidak wujud kerana mereka ini hanya bertindak sebagai majlis penasihat yang tidak terikat dengan apa-apa perundanga­n.

“Isu akauntabil­iti adalah terletak kepada jemaah menteri. Laporan yang diberikan kepada kerajaan tidak semestinya binding on the government (mengikat kerajaan),” katanya menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BNRembau) pada sesi soal jawab pada Selasa.

Persidanga­n sebelum itu sedikit kecoh apabila Khairy bangkit mempertika­ikan perananCEP­yangdidakw­anya bukanhanya­bertindaks­ebagai penasihat tetapi juga memberi arahan kepada kerajaan.

Terdahulu, menjawab soalan Khairy mengenai lawatan Pengerusi CEP Tun Daim Zainuddin ke China, Liew menjelaska­n lawatan itu adalah atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sekiranya diarahkan bolehlah pergi melawat untuk mendapatka­n pandangan dan juga isu-isu yang melibatkan kedua-dua negara ini,” katanya.

Liew turut menegaskan kewujudan CEP adalah hanya untuk 100 hari selepas Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pentadbira­n kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

CEP yang ditubuhkan pada 12 Mei lepas selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan baharu bertindak sebagai penasihat kerajaan berkaitan ekonomi dan kewangan negara ketika proses peralihan kuasa.

Katanya setakat ini hampir 340 individu daripada 220 organisasi dijemput hadir untuk memberi taklimat atau pandangan mereka agar cadangan yang dibawa CEP turut mengambil kira pandangan sebenar pada peringkat akar umbi. Bernama

 ??  ?? VK LIEW
VK LIEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia