Utusan Borneo (Sabah)

Ketahui hak Sarawak dalam MA63, Perlembaga­an Malaysia

Belia perlu fahami hak-hak Sarawak yang banyak telah terhakis dalam tempoh 50 tahun bersama Malaysia: Karim

-

SERIAN: Belia Sarawak perlu mengetahui dan memahami hak-hak negeri ini yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dan Perlembaga­an Malaysia.

Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, banyak hak Sarawak dalam MA63 dan Perlembaga­an Malaysia telah terhakis dalam tempoh 50 tahun bersama Malaysia.

Antaranya hak ke atas sumber minyak dan gas yang diperolehi di sepanjang pantai negeri ini.

“Sebelum Sarawak menyertai Malaysia, semua sumber laut, minyak dan gas yang dijumpai di negeri ini adalah milik kita.

“Tetapi selepas penggubala­n Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 (PDA74), ia memberi kuasa mutlak kepada Petronas ke atas sumber minyak dan gas yang terdapat dalam wilayah Malaysia termasuk Sarawak.

“Ini antara hak-hak kita yang telah terhakis dan perlu diketahui oleh beliabelia kita,” katanya dalam Sembang Belia pada Program Transforma­si Belia di Taman Rekreasi Ranchan dekat sini, pada Isnin.

Program tersebut merupakan anjuran kementeria­n berkenaan dengan kerjasama Saberkas Negeri Sarawak dan Pemuda PBB Asajaya.

Tambah Karim, banyak lagi hak Sarawak yang telah terhakis tanpa disedari, antaranya pelanconga­n dan alam sekitar.

Menurut Karim, mengikut Perlembaga­an Malaysia apaapa yang tidak termaktub dalam Senarai Persekutua­n,

DATUK ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH

Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan

Senarai Negeri mahupun Senarai Bersama automatik dalam bidang kuasa negeri.

Pelanconga­n katanya, tidak termaktub dalam mana-mana senarai ini dan dengan itu ia adalah di bawah bidang kuasa negeri.

“Sebab itu penting untuk belia-belia kita tahu akan hakhak negeri ini lebih-lebih lagi yang telah terhakis.

“Pemahaman serta pengetahua­n ini adalah bekalan untuk mereka mempertaha­nkan hak-hak ini pada masa akan datang,” katanya di hadapan kira-kira 119 peserta program tersebut yang terdiri daripada golongan belia dari Asajaya.

“Banyak hak Sarawak dalam MA63 dan Perlembaga­an Malaysia telah terhakis dalam tempoh 50 tahun bersama Malaysia. Antaranya hak ke atas sumber minyak dan gas yang diperolehi di sepanjang pantai negeri ini. ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia