Utusan Borneo (Sabah)

APMM tahan nelayan asing guna bot tempatan

-

BINTULU: Muslihat sembilan nelayan warga asing termasuk seorang tekong yang meraih hasil laut negara ini dengan menggunaka­n bot nelayan tempatan untuk mengaburi mata pihak berkuasa tidak berjaya apabila ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu di kawasan 10 batu nautika dari Tanjung Budu, Mukah, sekitar jam 8.40 pagi Sabtu lalu.

Semasa tangkapan dilakukan, kesemua nelayan asing terbabit yang berumur 33 hingga 55 tahun, sedang menangkap hasil laut di luar zon yang dibenarkan.

Pengarah Zon Maritim Bintulu Shahref Steve Mac Queen Abdullah dalam satu kenyataan media pada Isnin mengesahka­n, hasil pemeriksaa­n mendapati bot nelayan terbabit berdaftar di negara ini dalam kelas C2, namun dikendalik­an warga asing.

“Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui pemilik asal bot nelayan terbabit bagi membolehka­n tindakan lanjut diambil,” ujarnya.

Kesemua nelayan warga Thailand berkenaan termasuk seorang tekong ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen yang telah ditetapkan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Kita akan mencari pemilik bot nelayan terbabit, bagi memastikan siasatan dijalankan sekali gus membolehka­n tindakan diambil terhadap pemilik bot nelayan terbabit,” ujarnya.

Kesemua lelaki terbabit kemudianny­a dibawa ke Pelabuhan Bintulu bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 iaitu kesalahan melanggar syarat sah lesen.

 ??  ?? BOT nelayan tempatan yang dikendalik­an nelayan asing ditahan di perairan negara pada pagi Sabtu lalu.
BOT nelayan tempatan yang dikendalik­an nelayan asing ditahan di perairan negara pada pagi Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia