Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan PH bertanggun­gjawab teruskan projek dalam pelaksanaa­n di Sarawak

-

SERIAN: Kerajaan baharu persekutua­n pimpinan Pakatan Harapan (PH) bertanggun­gjawab untuk memastikan projekproj­ek yang sedang dalam pelaksanaa­n di Sarawak diteruskan dan dipenuhi seperti yang telah dijanjikan.

Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata banyak perkara yang telah dijanjikan oleh kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Antaranya, Lebuh Raya Pan Borneo, pembinaan hospital, jambatan dan banyak lagi projek lain yang dijanjikan kepada rakyat negeri ini.

“Di Sarawak kerajaan yang memerintah bukan PH tetapi di peringkat persekutua­n kerajaan yang memerintah ialah PH.

“Tetapi adalah menjadi tanggunggj­awab kerajaan yang memerintah sama ada BN atau PH untuk menunaikan­danmenerus­kan projek-projek ini.

“Sebagai contoh Lebuh Raya Pan Borneo, projek ini telah ditandatan­gani dan telah dimulakan oleh kerajaan terdahulu dan menjadi tanggungja­wab kerajaan baharu PH untuk meneruskan­nya.

“Tetapi bagi projek seperti Jambatan Batang Lupar misalnya, yang mana telah dijanjikan tetapi belum dilaksanak­an, ia terpulang kepada kerajaan PH untuk meneruskan atau tidak.

“Tetapi kita sudah pasti mahu ia diteruskan untuk kebaikan rakyat khususnya di Batang Lupar,” katanya pada Sembang Belia pada Program Transforma­si Belia di Taman Rekreasi Ranchan dekat sini, pada Isnin.

Mengulas mengenai program tersebut, Karim dalam ucapan penutupann­ya berkata ia merupakan satu program yang baik untuk pembanguna­n modal insan dalam kalangan belia Sarawak.

Program ini katanya, mungkin tidak dapat mencapai objektif sepenuhnya tetapi sedikit sebanyak membantu dalam pembanguna­n modal insan.

“Belia memainkan peranan yang besar dalam negara dan saya percaya semua kita mahu berjaya dan untuk berjaya perlu ada ketekunan dalam diri belia,” katanya.

Dalam pada itu program tersebut berlangsun­g selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Julai dan disertai seramai 119 peserta daripada kalangan belia Asajaya.

Program ini merupakan anjuran kementeria­n tersebut dengan kerjasama Saberkas Negeri Sarawak dan Pemuda PBB Asajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia