Utusan Borneo (Sabah)

KRT Kawasan Perumahan Jalan Sukun meraikan Hari Sarawak

-

SIBU: Sempena sambutan Hari Sarawak, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kawasan Perumahan Jalan Sukun menganjurk­an Majlis Riang Ria Sarawak Merdeka di salah sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Berucap merasmikan majlis itu, Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu Siti Nurfatimah Hussen berkata tarikh 22 Julai merupakan masa sesuai untuk rakyat negeri ini memperinga­ti dan menghargai perjuangan masyarakat terdahulu.

“Kita harus sedar, tanpa pengorbana­n dan perjuangan orang lama, sudah pasti kita tidak akan merasai kemajuan seperti yang sedang kita nikmati pada masa kini.

“Pada masa yang sama, kita juga harus menghargai jasa Tok Nan (bekas Ketua Menteri Pehin Sri Adenan Satem) yang telah mengisytih­arkan tarikh 22 Julai sebagai cuti umum di negeri ini pada setiap tahun,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Rogayah Jamain dan Pengerusi KRT Kawasan Perumahan Jalan Sukun Philip Kadom.

Di samping itu, Nurfatimah berharap KRT Kawasan Perumahan Jalan Sukun akan terus cemerlang dalam menjalanka­n aktiviti tahunan mereka bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di kawasan KRT Kawasan Perumahan Jalan Sukun.

“Antara tujuan KRT ditubuhkan adalah untuk menyatukan masyarakat melalui aktiviti atau program berbentuk perpaduan terutama di kawasan setempat.

“Penubuhan KRT juga mampu mendidik masyarakat menjaga keselamata­n dan keamanan di kawasan kediaman melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang mengadakan rondaan pada waktu malam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia