Utusan Borneo (Sabah)

NREB, JBPM pantau aktiviti pembakaran terbuka

-

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memantau rapat aktiviti pembakaran terbuka di negeri ini.

Kontroler NREB Peter Sawal berkata ia langkah pencegahan awal diambilked­ua-duaagensib­erkenaan bagi mengelak kebakaran hutan berlaku pada musim kering yang melanda Sarawak ketika ini.

“NREB bekerjasam­a dengan JBPM memantau aktiviti terutama pembakaran terbuka di tanahtanah lot seperti di Sibu, Bintulu dan Miri.

“Bagi pihak NREB, kami telah menghentik­an pengeluara­n permit pembakaran terbuka dan semua permohonan kami KIV (dalam pemerhatia­n),” katanya kepada Utusan Borneo pada Isnin.

Peter memberitah­u, setakat semalam pihaknya telah menerima beberapa laporan pembakaran terbuka iaitu di Sri Aman serta Sibu dan siasatan terperinci sedang dilakukan.

Tambahnya, NREB tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang melakukan pembakaran terbuka tanpa permit.

“NREB juga memantau pola titik panas yang berlaku di seluruh negeri bersama-sama JBPM Sarawak supaya persiapan menghadapi sebarang kemungkina­n dapat dirangka,” katanya.

Sementara itu Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohamad berkata semua anggota dan logistik jabatan itu sudah bersedia untuk dikerah jika pembakaran terbuka yang besar berlaku.

“Kami bersiap sedia dari segi anggota dan logistik. Pada masa bekerjasam­a dengan NREB untuk memastikan ladang-ladang diselia sebaik mungkin.

“Kami juga memantau titik panas harian bagi mengenal pasti sebarang kebakaran yang berlaku pada skala besar dan lama,” katanya.

Nor Hisham menambah, JBPM Sarawak menerima 40 panggilan kes kebakaran sehari dan kesemuanya tidak melibatkan kawasan besar.

Justeru beliau menasihati orang ramai agar tidak memulakan pembakaran sewenang-wenangnya tanpa memaklumka­n pihak berkuasa terutama melibatkan kawasan yang luas.

“Jangan bakar sesuka hati, cuaca yang kering ditambah angin kencang boleh memarakkan api sehingga merebak ke kawasan hutan,” tegasnya.

Setakat semalam portal rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukka­n hanya satu titik panas dikesan di Sarawak iaitu di Miri manakala kira-kira 20 lagi dikesan di Kalimantan, Indonesia.

Jabatan Meteorolog­i meramalkan fasa Monsun Barat Daya yang melanda negara termasuk Sarawak bermula Jun lalu dijangka berakhir pada pertengaha­n September ini.

Sepanjang tempoh itu, angin akan bertiup secara konsisten dari arah barat daya dan lazimnya keadaan atmosfera menjadi lebih stabil sekali gus mengurangk­an aktiviti perolakan.

Oleh itu, keadaaan cuaca panas dan kering dirasai di kebanyakan tempat di Malaysia tetapi disertai kejadian ribut petir pada kekerapan rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia