Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh warga Indonesia berdepan penjara seumur hidup

-

BINTULU: Tujuh warga Indonesia bakal berhadapan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah memiliki dadah jenis syabu seberat 34.07 gram dianggarka­n bernilai RM4,500.

Kes itu berlaku dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak ke atas sebuah rumah di Jalan Abang Galau, di sini sekitar jam 1.30 petang Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Superinten­denSaharAb­dul Latif dalam kenyataan media semalam berkata, enam suspek iaitu lelaki dan seorang wanita lingkungan umur 20 hingga 32 tahun ditahan dalam serbuan itu hasil maklumat orang ramai serta intipan polis.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas seorang suspek menjumpai tiga keratan tiub straw berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan penggeleda­han sekitar rumah menemukan satu peket plastik lutsinar mengandung­i empat peket plastik dipercayai mengandung­i dadah jenis sama,” katanya.

Jelasnya, ujian saringan air kencing dijalankan mendapati lima suspek disahkan positif methamphet­amine.

Semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau ditahan di lokap Balai Polis Sentral Bintulu bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

Dalam operasi berasingan, JSJ turut mengadakan serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor pada 21 Julai lalu sekitar jam 9 pagi di Jalan Bintulu-Miri dan menahan 25 lelaki termasuk dua warga asing lingkungan umur 16 hingga 43 tahun.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati 17 daripadany­a positif dadah jenis syabu dan semua suspek turut ditahan di Balai Polis Sentral Bintulu bagi membantu siasatan.

Kes disiasat Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 kerana positif dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia