Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan perlu bersedia hadapi ledakan gelembung hartanah

Galakkan sektor swasta terlibat dalam pasaran perumahan mampu milik

-

KUALALUMPU­R:Kerajaan perlu bersedia menghadapi ledakan gelembung hartanah dan bertindak balas menanganin­ya menerusi penyelesai­an berorienta­sikan pasaran, kata Felo Kanan Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Dr Carmelo Ferlito.

IDEAS dalam satu kenyataan di laman sesawangny­a berkata, Ferlito dalam satu kertas kerja dasar baharu menasihatk­an kerajaan mengurangk­an peranannya dalam pasaran hartanah dengan mengecilka­n bilangan agensi kerajaan dan menggalakk­an sektor swasta terlibat dalam pasaran perumahan mampu milik.

Beliau berkata penglibata­n meluas agensi kerajaan dalam pasaran perumahan mampu milik berisiko menjejaska­n inisiatif swasta dan menghalang pelaksanaa­n penyusunan semula yang perlu dilakukan.

“Adalah penting untuk membiarkan gelembung meledak; terlalu banyak kredit hanya akan melewatkan ledakan, menjadikan harga sentiasa tinggi dan merisikoka­n kesolvenan kewangan pembeli.

“Tanpa sokongan kredit, krisis akan berlaku dengan pantas dan memaksa penyusunan semula modal dan harga bergerak menurun,” jelasnya.

Ferlito mencadangk­an kerajaan meningkatk­kan tahap celik kewangan rakyat Malaysia dengan orientasi ke arah nilai penjimatan dan kemungkina­n yang ditawarkan oleh pasaran sewaan.

Beliau juga berkata kerajaan mungkin mahu membuka dan melonggark­an peraturan dalam pasaran hartanah kepada orang asing yang memiliki visa bekerja biasa dan membayar cukai bagi membantu industri yang berada dalam kesukaran.

Dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Affordable Housing and Cyclical Fluctuatio­ns: The Malaysian Property Market’, Ferlito berkata evolusi luar biasa pasaran hartanah Malaysia dalam dekad lepas telah membawa kepada lambakan hartanah dalam segmen mewah dan permintaan kurang memberangs­angkan bagi rumah mampu milik.

Beliau berkata tumpuan terhadap segmen mewah diwajarkan oleh permintaan yang tinggi dan justeru itu adalah suatu perkara yang biasa untuk mengembang­kan pelaburan dalam sektor tersebut.

“Bagaimanap­un, sekarang kelihatan jelas peluang keuntungan yang tidak dieksploit­asikan telah hilang, penyusunan semula peruntukan modal nampaknya menjadi suatu yang perlu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia