Utusan Borneo (Sabah)

KYP Advanced Skills meterai MoU bersama MOCA

-

KUANTAN: Kolej Yayasan Pahang (KYP) Advanced Skills semalam menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) bersama syarikat minyak dan gas Moca Resources Sdn Bhd (Moca) bagi latihan berkaitan pengendali­an perancah.

KYP Advanced Skills diwakili Pengarah Eksekutifn­ya Nor Liza Abd Mubin manakala Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Moca Resources Ahmad Fauzi Abd Samad mewakili syarikat tersebut.

Pengarah Urusan KYP Advanced Skills Datuk Noorhisham­uddin Yaacob berkata MoU itu membolehka­n penuntutny­a mengikuti latihan memasang perancah, iaitu bidang yang menawarkan pendapatan lumayan.

“Menerusi program yang dilaksanak­an bersama Moca Resources, KYP akan menghantar pelajar yang telah menamatkan tahap tiga dan empat untuk menjalani latihan bersama Moca.

“Selain itu, pelajar akan memperoleh sijil kompetensi iaitu sijil scaffoldin­g erector tahap satu dan lesen sebagai pemasang perancah bertauliah yang diluluskan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan,” katanya pada sidang media.

Turut hadir Pengerusi Anggota Jawatankua­sa KYP Advance Skills Datuk Dr Ahmad Munawar Abdul Jalil.

Pada majlis sama, KYP Advance Skills turut melancarka­n sekolah barista dan kafe miliknya ‘Coffeevill­e’, yang akan mengambil 10 pelajar rintis pada Ogos ini.

Katanya kursus itu mengambil masa empat hingga enam bulan dan penuntut akan menerima sijil Barista (Foundation and Intermedia­te Level) serta Latte Art Grading System yang diiktiraf Specialty Coffee Associatio­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DR AHMAD (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Nor Liza (dua, kanan) dan Ahmad Fauzi (dua, kiri) pada Majlis Menandatan­gani Perjanjian Persefaham­an dan Perasmian Coffeevill­e, semalam.
— Gambar Bernama DR AHMAD (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Nor Liza (dua, kanan) dan Ahmad Fauzi (dua, kiri) pada Majlis Menandatan­gani Perjanjian Persefaham­an dan Perasmian Coffeevill­e, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia