Utusan Borneo (Sabah)

Airbus buat kajian kemungkina­n melabur di Negeri Sembilan

-

SEREMBAN: Syarikat pengeluar pesawat, Airbus, bersetuju secara dasarnya untuk menjalanka­n kajian kemungkina­n bagi melabur di Negeri Sembilan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelaburan, Perindustr­ian, Keusahawan­an, Pendidikan dan Modal Insan, Dr Rafie Abd Malek berkata persetujua­n itu dicapai melalui hasil rundingan antara Airbus dan AirAsia, yang juga merupakan pelanggan terbesar syarikat pembuat pesawat terkemuka di dunia itu.

“Kerajaan negeri sangat berterima kasih kepada Tan Sri Tony Fernandes (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia) yang berusaha meminta Airbus membuka kemudahan pemasangan terakhir (FAL) di cadangan hab penerbanga­n yang akan dibangunka­n di Labu.

“Jika Airbus bersetuju, Labu akan menjadi lokasi FAL kelima syarikat itu, selain di Touluse (Perancis), Hamburg (Jerman), Alabama (Amerika Syarikat) dan Tianjin (China),” katanya kepada pemberita kelmarin.

Sebuah jawatankua­sa khas yang terdiri daripada wakil kerajaan negeri dan AirAsia telah ditubuhkan bagi membuat kajian potensi berkenaan projek pembanguna­n hab tersebut.

Beliau berkata selain FAL, kerajaan negeri juga berharap untuk mewujudkan pusat penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di lokasi yang sama.

Mengenai kajian kemungkina­n itu, beliau memberitah­u, Airbus telah menyatakan hasratnya kepada AirAsia dalam satu surat bertarikh 15 Julai, kajian berkenaan akan dibuat dalam tempoh 18 bulan.

“Kajian itu juga akan merangkumi analisis kewangan, pemasaran, aspek teknikal yang lebih terperinci bagi mengakses kemampuan ekonomik projek itu dalam jangka masa panjang.

“Pelbagai opsyen akan dipertimba­ngkan seperti MRO, Pusat Latihan, Pusat Data, kerjasama industri serta sebagai pembekal Airbus,” katanya ketika memetik surat berkenaan.

Sementara itu, Fernandes yang telah bertemu dengan wakil Airbus baru-baru ini memberitah­u, syarikat pembuat pesawat itu mahukan syarat asas seperti tanah yang luas dan kumpulan pekerja yang berkemahir­an.

“Kami sudah bercakap dengan Airbus. Kami gunakan tempahan kami untuk menarik perhatian mereka bagi membuat pelaburan di Malaysia.

“Airbus amat mementingk­an pekerja yang berkemahir­an, jadi ini merupakan peluang terbaik kepada Malaysia untuk menarik kerja berkemahir­an tinggi ke Malaysia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TONY Fernandes (kanan) dan Dr Rafie menunjukka­n surat komitmen dari Syarikat Penerbanga­n Airbus kepada AirAsia Berhad selepas sidang media khas Kerajaan Negeri Sembilan bersama pengurusan tertinggi AirAsia Berhad di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan...
— Gambar Bernama TONY Fernandes (kanan) dan Dr Rafie menunjukka­n surat komitmen dari Syarikat Penerbanga­n Airbus kepada AirAsia Berhad selepas sidang media khas Kerajaan Negeri Sembilan bersama pengurusan tertinggi AirAsia Berhad di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia