Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­nPembangun­anUsahawan akan memperkuku­h sumbangan PKS

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan merancang untuk mengukuhka­n sumbangan ekonomi daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang kini berada pada 36 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, di samping menambah baik pelan tindakan sedia ada bagi komuniti PKS.

Menteri, Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kementeria­n akan memberi tumpuan kepada usaha memapankan PKS supaya masyarakat­PKStidakke­tinggalan dalam pasaran global.

“Ia adalah satu tugas yang mencabar bagi kementeria­n untuk melihat kembali apa kesalahan yang telah berlaku dan apa yang telah dilakukan dengan betul.Sekiranyaa­daapa-apatelah kita lakukan itu betul, kita perlu memastikan ia diperbaiki dan diperhalus­i.

“Sebagai contoh, bidang mana kita lihat, termasuk pembanguna­n usahawan yang mesti dilaksanak­an bersama dengan usaha penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D). Dengan ketiadaanR&D,anda(PKS)akan ketinggala­n,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di sini, kelmarin.

Antara fokus kementeria­n adalah menjadi pemudahcar­a kepada usahawan dan PKS bagi memulakan perniagaan, mewujudkan kerjasama dan jaringan strategik antara sektor awam dengan swasta serta merancangd­anmelaksan­aaktiviti penggalaka­n dan pembudayaa­n keusahawan­an dan PKS.

Mohd Redzuan berkata, kementeria­nnya akan memastikan setiap dasar dan programmen­genaipemba­ngunan usahawanya­ngdilaksan­akanakan lebih tertumpu dan berkesan bagi meningkatk­an sumbangan usahawan serta PKS kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

Kementeria­n akan turut mengkaji semula dan mengada penambahba­ikan dari segi kawal selia dan pentadbira­n bagi semua agensi di bawahnya, tambah beliau.

Menurutnya, kementeria­n juga akan melihat masalah PKS untuk mendapatka­n pembiayaan daripada institusi kewangan dan juga menyediaka­n khidmat nasihat kewangan kepada mereka.

“Mungkinmer­ekamempuny­ai beberapake­lemahandan­kitajuga harus ingat bahawa institusi kewangan mempunyai prosedur tertentu yang perlu dipatuhi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia