Utusan Borneo (Sabah)

Radiant Globaltech bermula 50 sen, premium 27 sen di Pasaran Ace

-

KUALA LUMPUR: Radiant Globaltech Bhd memulakan dagangan di Pasaran Ace Bursa Malaysia pada Selasa pada 50 sen, premium sebanyak 27 sen melebihi harga terbitanny­a sebanyak 23 sen sesaham.

Sejumlah 10.55 juta saham bertukar tangan pada permulaan dagangan.

Penyedia penyelesai­an teknologi runcit itu menjangka mengumpul RM29.5 juta daripada penyenarai­an itu.

Pengarah Urusan, Paul Yap Ban Foo, berkata daripada jumlah berkenaan, RM14.6 juta akan diperuntuk­kan untuk pengembang­an perniagaan dan modal (RM10 juta di Malaysia, RM1.6 juta di Vietnam dan selebihnya untuk pengembang­an perisian lain).

Baki jumlah berkenaan meliputi RM4.8 juta akan digunakan sebagai modal kerja, RM6.6 juta untuk pembayaran semula pinjaman bank dan RM3.5 juta untuk perbelanja­an penyenarai­an, katanya.

Yap berkata, syarikat berkenaan bercadang mengembang­kan asas pelanggann­ya untuk meningkatk­an aliran pendapatan dan membuka kemungkina­n baharu dalam pelbagai segmen industri.

“Melihat kepada rekod pencapaian kami yang kukuh, portfolio yang luas dan keupayaan yang terbukti, kami yakin untuk mendapat lebih banyak pelanggan untuk maju ke hadapan,” katanya pada sidang media selepas penyenarai­an itu semalam.

Yap berkata, Radiant Globaltech juga menyasarka­n untuk meningkatk­an kepakarann­ya kepada jenis pelanggan runcit yang berlainan, seperti pusat belibelah, lapangan terbang dan utiliti bagi mempelbaga­ikan asas perolehan untuk maju ke hadapan.

Beliau juga berkata bahawa, syarikat itu juga sedang meninjau peluang untuk memberikan khidmat terus kepada rangkaian runcit makanan dan minuman (F&B), membangunk­annya berdasarka­n skop semasa perkhidmat­an itu yang disediakan melalui pihak ketiga.

“Kami percaya strategi ini akan membolehka­n kami berkembang bersama sektor yang sihat dan tahan kemeleseta­n, justeru mengukuhka­nkedudukan­kami dalam pasaran penyelesai­an teknologi runcit,” sektor,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia