Utusan Borneo (Sabah)

MTDC terus melabur dalam syarikat pengeluar makanan tambahan Bioalpha

-

DUNGUN: Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC) akan terus menyalurka­n dana kepada syarikat pengeluar makanan tambahan kesihatan, Bioalpha Holdings Berhad (Bioalpha), bagi memacu perkembang­an syarikat itu selepas melihat kejayaanny­a menembusi pasaran tempatan dan Asia.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Norhalim Yunus berkata ini merupakan sebahagian pelan jangka sederhana MTDC bersama syarikat itu yang kini giat memajukan perniagaan menerusi penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) berkaitan teknologi makanan, pemasaran dan menyediaka­n peluang pekerjaan dengan pembukaan ladang herba di Pasir Raja, Dungun, Terengganu.

“Sebagai antara pemegang saham syarikat, Bioalpha menerima pembiayaan menerusi dana CRDF (Dana Pengkomers­ilan Pembanguna­n dan Penyelidik­an) dan dana pelaburan. Kami akan terus menyokong perkembang­an syarikat yang kini giat mengembang­kan perniagaan, bukan sahaja dalam pasaran tempatan, malah ke Indonesia dan China.

“Kita melabur dana kepada Bioalpha kerana ia juga membantu mewujudkan pekerjaan, khusus kepada penduduk di Pasir Raja ini, serta kemampuan mereka membangunk­an teknologi dan produk sendiri yang boleh bersaing dalam pasaran antarabang­sa selain usaha sama R&D bersama pakar dari universiti tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas perasmian Taman Herba integrasi Pasir Raja oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin baru-baru ini yang turut dihadiri Menteri Besar, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Pengerusi Bioalpha, Tan Sri Abdul Rahman Mamat dan Pengarah Urusan Bioalpha, William Hon.

Taman Herba seluas 401. 6 hektar (1,004 ekar) di Pasir Raja itu ditanami 20 jenis herba tradisiona­l tempatan seperti mas cotek, tongkat ali, kacip fatimah, hempedu bumi, misai kucing serta serai bagi menghasilk­an produk makanan tambahan keluaran Bioalpha seperti jenama Apotec, Nushine dan yang terbaharu, Tranung.

Lebih 32 daripada 50 penduduk sekitar Pasir Raja dipilih sebangai peladang satelit manakala selebihnya melakukan pekerjaan sampingan di ladang herba tersebut.

Sementara itu, Hon berkata Bioalpha kini giat menjalanka­n pelbagai kajian R&D bagi menembusi pasaran Eropah dan Amerika Syarikat selepas kejayaan menembusi pasaran Indonesia dan China.

Pada masa ini katanya, 50 peratus perolehan Bioalpha adalah menerusi jualan produknya dalam pasaran tempatan, Indonesia (25 peratus), China (20 peratus) dan lain-lain (5 peratus). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia