Utusan Borneo (Sabah)

Rahmania Astrini muncul dengan single ‘It’s Amazing’

-

RAHMANIA Astrini, seorang penyanyi remaja berumur 17 tahun dari Bandung, Indonesia telah hadir dengan single terbarunya setelah berjaya dengan single pertama yang berjudul ‘Menua Bersama’ yang telah mencapai sehingga 1 juta tontonan di Youtube.

Beliau juga pernah menyanyika­n semula lagu ‘Aku Cinta Dia’ yang telah dipopulark­an oleh Chrisye pada tahun 1985. Rahmania Astrini kini kembali untuk berkongsi identiti muziknya melalui lagu ciptaannya sendiri yang bertajuk ‘It’s Amazing’.

‘It’s Amazing’ adalah sebuah lagu yang bergenre alternativ­e soul/RnB. Rahmania membuat sesuatu yang berbeza dari single sebelumnya kerana pada kali ini, beliau ingin menulis sesuatu yang tiada kaitan dengan cinta. Berbeza dengan kebanyakan lagu pop remaja pada umumnya, Rahmania yakin bahawa tidak semua lagu harus bertemakan cinta.

‘It’s amazing’ adalah cerita tentang kehidupan manusia.

Lagu ini merumuskan bahawa tidak semua perkara dalam hidup akan berjalan dengan lancar seperti yang kita rancangkan, dan ada ketikanya kita pasti akan menghadapi masalah dan kesulitan.

Tetapi pada akhirnya, jika kita tetap melakukan apa yang kita mahukan dan memiliki keyakinan pada apa yang kita buat, nescaya hasilnya akan menjadi luar biasa. Kita cuma perlu percaya dengan penuh keyakinan terhadap apa yang tersurat.

“Saya dilahirkan dalam generasi di mana yang penuh dengan pancaroba. Kebanyakan anak-anak generasi milenial pada masa kini ingin mencapai sesuatu kejayaan dengan cara yang mudah. Sebenarnya itu tidak salah, tetapi bagi saya mereka akan rugi kerana mereka tidak dapat merasai pengajaran yang penting dalam hidup yang boleh membuat mereka berada di puncak kejayaan untuk jangka masa yang lama,” katanya.

Untuk lagu ini, Rahmania turut berkolabor­asi bersama Mytha Lestari yang merupakan pengarah vokalnya dan juga membantu Rahmania dalam penulisan bahagian bridge sehingga lagu ini dapat disempurna­kan.

Rahmania juga turut bekerjasam­a dengan Ankadiov, seorang penerbit baru yang pernah bekerjasam­a dengan beberapa penyanyi seperti Kunto Aji, Teza Sumendra, Wizzy, Ramengvrl, dan ramai lagi.

Lagu Rahmania kali ini sangat berbeza dengan single sebelumnya.

“Saya sebenarnya suka dengan muzik berkonsepk­an RnB dan selalu mendengar lagu-lagu RnB. ‘It’s Amazing’ ini sangat dipengaruh­i oleh muzik RnB yang ‘chill’ dan saya rasa sangat sesuai dengan gaya saya menyanyi. Saya juga berasa amat seronok kerana dapat menulis lagu sendiri.

“Dengan segala kisah kehidupan saya sebagai seorang remaja, menulis lagu ini merupakan satu pengalaman yang dapat memulihkan saya daripada tekanan hidup yang saya telah lalui. Dan saya yakin bahawa muzik yang dicipta oleh saya mampu menyampaik­an mesej yang boleh memberi inspirasi kepada pendengar di luar sana,” tambahnya.

Lagu ini juga telah menjadi cabaran yang baru buat Rahmania Astrini. Rahmania mula meneroka benda baru dan pengalaman baru yang boleh menjadikan muziknya lebih matang.

“Saya sungguh teruja dan berharap agar pendengar saya akan menyukai muzik saya sepertiman­a mereka menyukai karya-karya saya yang lepas. Saya juga berharap agar perubahan ini dapat memberi impak yang positif terhadap perjalanan muzik saya sebagai seorang penyanyi dan penghibur.

‘It’s Amazing’ boleh didapati di kesemua pelantar digital dan Muzik video bagi ‘It’s Amazing’ juga sudah boleh ditonton di YouTube.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia