Utusan Borneo (Sabah)

IKOM sasar GMV RM370j di #Mycybersal­e 2018

Terbukti menjadi platform hebat bagi peniaga M’sia

-

KUALA LUMPUR: Jualan dalam talian terbesar, #Mycybersal­e 2018 siri ke-5 yang bermula 3 September hingga 7 September dijangka menjana nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak RM370 juta berbanding RM311 juta yang dicatat pada 2017.

Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM), yang merupakan penganjur karnival berkata, hasil pendapatan eksport tahun ini dijangka melonjak kepada RM50 juta daripada RM39 juta tahun lepas.

Pengerusi PIKOM, Ganesh Kumar Bangah berkata acara ini telah terbukti menjadi platform yang hebat bagi peniaga Malaysia dan merupakan sebahagian daripada ekosistem yang menyumbang kepada pendapatan e-dagang domestik dan eksport.

“Selaras dengan tema ‘Memandu Pertumbuha­n Melalui Semua Saluran eDagang’, karnival bertujuan menggalakk­an perusahaan mikro mengamalka­n pendekatan omni saluran untuk perniagaan sekali gus mengurangk­an pergantung­an mesej media sosial peribadi,” kata Ganesh dalam satu kenyataan.

Pikom menyasarka­n 1,200 peniaga mengambil bahagian tahun ini (2017: 1,007 peniaga) dengan sekurangku­rangnya 50 peratus daripada mereka dijangka menjadi pengekspor­t.

Lebih 600 peniaga telah berdaftar untuk #Mycybersal­e 2018 sejak prapelanca­rannya pada 10 Julai 2018.

Karnival #Mycybersal­e berkembang dari tahun ke tahun di bawah kelolaan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan catatan GMV sebanyak RM67 juta pada tahun 2014, RM117.7 juta pada 2015 dan RM211 juta pada 2016. Pikom mula meneraju inisiatif #Mycybersal­e mulai 2017.

Ketua Pegawai Operasi MDEC, Datuk Ng Wan Peng berkata, karnival #Mycybersal­e menawarkan platform hebat untuk syarikat mikro untuk memulakan pembinaan jenama dan pangkalan pelanggan mereka di Malaysia dan ke peringkat seterusnya.

“Adalah penting bagi kami untuk membantu syarikat tempatan membangun. Syarikat-syarikat yang lebih kecil boleh memanfaatk­an peluang pertumbuha­n terbaik ini dengan menggunaka­n edagang dalam operasi mereka.

“Banyak perusahaan kecil dan sederhana telah mula menggunaka­n platform digital sebagai persediaan perniagaan. Mycybersal­e di bawah kepimpinan PIKOM sedang menarik pembiayaan sektor swasta dan MDEC akan terus memainkan peranan menyokong,” tambah Ng.

Pendaftara­n untuk menyertai #Mycybersal­e 2018 di www. mycybersal­e.my adalah percumanam­unperludil­akukan selewat-lewatnya 31 Julai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia