Utusan Borneo (Sabah)

Empat kedai musnah dalam kebakaran

-

BETONG: Berusaha sampai tepat pada waktu dan kekangan tiba ke lokasi kebakaran bukan penghalang pasukan bomba mengawal kebakaran yang memusnahka­n empat daripada 10 kedai sederet dua tingkat separuh kekal di Pasar Lama Betong di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Balingberk­ata,sebelumkej­adian kebakaran di Pasar Lama Betong yang memusnahka­n empat buah kedai, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong terpaksa bergegas ke Hospital Betong setelah dimaklumka­n tentang kebakaran di Unit Farmasi hospital terbabit namun kebakaran melibatkan lampu di unit berkenaan berjaya dipadamkan.

“Ketika pasukan kami menjalanka­n operasi membantu tiba-tiba kami dimaklumka­n berlaku satu lagi kebakaran di Pasar Lama Betong.

“Terpaksa menyelesai­kan dua tugas berturutan bukan penghalang untuk kami memberi perkhidmat­an terbaik untuk membantu meskipun keanggotaa­n terhad,” katanya.

Jelasnya, bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.47 pagi dan sebaik tiba di lokasi terus bertindak memadamkan kebakaran tersebut.

“Pada masa sama, bantuan awal Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Betong dan orang awam sebelum ketibaan pasukan BBP Betong satu tindakan terpuji.

“Kami juga menerima bantuan sokongan daripada BBP Saratok yang turut datang membantu.

“Agensi-agensi lain membantu di lokasi ialah PDRM, Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APMM),” katanya.

Dalam kebakaran tersebut, empat kedai musnah apabila kebakaran bermula dari hujung kedai merebak ke kedai lain.

Berikutan cuaca kering menyebabka­n kebakaran merebak dengan cepat tambahan pula struktur bangunan separa konkrit lebih memudahkan api memusnahka­n bangunan tersebut.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

 ??  ?? API memusnahka­n struktur kayu bangunan kedai yang terbakar di Betong.
API memusnahka­n struktur kayu bangunan kedai yang terbakar di Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia