Utusan Borneo (Sabah)

BN perlu sedar diri: Mohamad Hasan

-

SHAH ALAM: Barisan kepimpinan dan anggota BN diingatkan agar sedar diri berikutan parti itu bukan lagi kerajaan.

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sehubungan itu kepimpinan dan anggota parti tidak perlu menjelaska­n sebarang isu kepada rakyat kerana ia telah menjadi tanggungja­wab kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesai­kannya.

“Apa sahaja isu yang timbul seperti kos sara hidup Felda, GST (Cukai Barang dan Perkhidmat­an) dan 1MDB (1Malaysia Developmen­t Berhad) biarlah kerajaan hari ini yang jawab.

“Kita ini ibarat kain putih, tiada isu lagi... kita sudah kalah, buatlah cara kalah dengan pandai membawa diri dan tidak menjadi cemuhan orang,”katanyaket­ikaberucap pada majlis pengenalan calon BN Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di sini, malam Isnin.

Turut hadir Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon BN pilihan raya itu Datuk Lokman Noor Adam.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga pengarah pilihan raya kecil itu, menasihatk­an seluruh jentera parti agar bekerja lebih keras dan terus bersama-sama berganding bahu bagi memenangi pilihan raya berkenaan.

Sementara itu, Annuar berkata BN tetap dengan pendirian untuk meletakkan calon parti itu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia