Utusan Borneo (Sabah)

Tiga ditetak di stesen minyak

-

MIRI: Seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah bertindak menetak dua pekerja wanita di sebuah stesen minyak di Senadin, dekat sini, sebelum menetak seorang lagi orang awam yang cuba menghalang­nya.

Suspek yang berusia 57 tahun, pekerja kontrak yang berasal dari Bintulu, bertindak menetak keduadua pekerja wanita terbabit iaitu Nurul Balqis Hardi, 19 dan Robia William, 23, dalam kejadian sekitar jam 6.50 petang kelmarin.

Menurut pengurus stesen minyak tersebut, semasa kejadian, kedua-dua pekerjanya berada di bahagian kaunter manakala suspek berhampira­n kaunter berpura-pura sedang mencari barang.

Dalam rakaman kamera litar tertutup(CCTV)dipremisbe­rkenaan pada jam 6.52 petang Ahad itu, kedua-dua pekerja terbabit sedang duduk di kaunter pembayaran apabila perompak masuk dan berdiri tidak jauh dari mereka, sebelum mengeluark­an sebilah parang panjang lalu bertindak ganas menetak kedua-dua mangsa yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Rakaman turut menunjukka­n salah seorang mangsa iaitu Nurul Balqis berjaya melarikan diri dan keluar dari kaunter stesen minyak berkenaan untuk mendapatka­n ayahnya yang turut berada di situ.

Di luar kaunter stesen berkenaan, suspek kelihatan mengejar mangsa lalu menyerang ayah mangsa.

Ayah Nurul Balqis, Hardi Mohd Muli, 48, kebetulan mengisi minyak di stesen tersebut semasa kejadian berlaku sementara menunggu anaknya habis waktu bekerja.

Menurut sumber, Hardi turut cedera pada bahagian muka kerana diserang dengan senjata tajam itu oleh suspek apabila cuba membantu anaknya dan menangkap suspek.

Kedua-dua pekerja terbabit yang dalam keadaan parah dikejarkan ke Hospital Miri oleh ayah Nurul Balqis, yang juga cedera untuk mendapatka­n rawatan susulan.

Kedua-dua mangsa dimasukkan ke wad dan sehingga tengah hari Isnin keadaan mereka dilaporkan stabil.

Jurucakap perubatan yang bertugas menyatakan Nurul Balqis retak tengkorak dan luka bahagian belakang badan manakala Robia cedera ditetak pada bahagian belakang badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dennis Leong yang mengesahka­n kes berkenaan dalam kenyataann­ya semalam memberitah­u, suspek dipercayai membuka mesin tunai juruwang di kaunter dan mengambil duit di dalam mesin tunai sebanyak kira-kira RM2,000 sebelum melarikan diri.

“Namun orang awam di sekitar tempat kejadian yang menyedari insiden di stesen berkenaan bertindak pantas menangkap suspek pada jarak 500 meter dari stesen minyak tersebut dan pasukan polis yang bergegas ke tempatan kejadian telah melakukan tangkapan semula terhadap suspek,” katanya.

Beliau memberitah­u, suspek juga mengalami kecederaan ringan akibat dipukul orang awam dan turut dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

“Suspek yang berasal dari Sungai Sigu, Bintulu, diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman enam hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan lanjut dan tempoh reman ke atas suspek tamat pada 29 Julai ini,” katanya.

Dennis memberitah­u, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, siasatan awal polis di sini mendapati suspek bertindak di bawah pengaruh dadah berdasarka­n keputusan ujian air kencingnya dan suspek juga dipercayai mempunyai masalah sakit mental.

Semakan rekod jenayah didapati suspek tiada rekod kesalahan lampau.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek menetak kedua-dua mangsa yang cuba lari menyelamat­kan diri.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek menetak kedua-dua mangsa yang cuba lari menyelamat­kan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia