Utusan Borneo (Sabah)

Bantahan dua minggu di Iraq ragut 14 jiwa

-

BAGHDAD: Sekurangku­rangnya 14 orang terkorban di Iraq dalam bantahan selama dua minggu terhadap gejala rasuah dan kekurangan perkhidmat­an awam, seorang anggota suruhanjay­a hak asasi manusia negara tersebut berkata kelmarin.

Tunjuk perasaan telah menggegark­an bahagian selatan dan tengah Iraq sejak meletus di bandar pelabuhan Basra yag kaya dengan minyak pada 8 Julai, apabila pasukan keselamata­n melepaskan tembakan membunuh seorang individu.

Mereka kemudian semakin berkuranga­n selepas pasukan keselamata­n beberapa kali menggunaka­n kekerasan untuk meleraikan penunjuk perasaan, walaupun wartawan AFP melaporkan bantahan di selatan kelmarin.

Pegawai suruhanjay­a hak asasi Fadel al-Gharrawi mengesahka­n 14 terkorban di Basra, Samawah, bandar majoriti Syiah di Najaf dan Karbala serta di wilayah Diwaniyah dan Babylon.

Beliau tidak menjelaska­n sama ada mereka yang terkorban adalah penun-

POLIS cuba meleraikan penunjuk perasaan di Baghdad pada 20 Julai lalu. — Gambar Reuters

juk perasaan atau anggota perkhidmat­an keselamata­n, namun satu angka pada Ahad yang disedia-kan oleh sumber perubatan meletakkan jumlah yang maut seramai 11 orang, semuanya penunjuk perasaan.

Gharrawi berkata 275 penunjuk perasaan dan 470 kakitangan keselamata­n tercedera semasa tunjuk pera-saan yang melibatkan ribuan orang menentang pegawai yang korup.

Beberapa pegawai tempatan dan sumber perubatan me-nyatakan kebanyakan mangsa terbunuh akibat tembakan oleh penyerang yang tidak dikenal pasti, sementara seorang lagi lemas akibat gas pemedih mata yang digunakan untuk meleraikan penunjuk perasaan.

Gharrawi, yang dilantik oleh parlimen, berkata beliau sudah “menggesa Perdana Menteri Haider al-Abadi agar mengelakka­n keganasan dan penahanan secara sembaranga­n” namun turut menyeru penunjuk perasaan agar “berkelakua­n secara aman”. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia