Utusan Borneo (Sabah)

Kebakaran hutan jejas Athens, 20 maut, 100 cedera

20 maut, lebih 100 cedera, puluhan rumah dan kereta musnah

-

ATHENS: Sekurangku­rangnya 20 orang maut dan lebih 100 lagi cedera selepas kebakaran hutan memusnahka­n hutan jarang dan kampung sekitar Athens, manakala pihak berkuasa Greece bergegas untuk memindahka­n penduduk dan pelancong yang terkandas di pantai dalam kawasan tepi pantai awal semalam.

Majoriti mangsa dijumpai di dalam kereta atau rumah mereka di pusat peranginan tepi pantai, Mati, 40 kilometer ke timur laut ibu negara, kata jurucakap kerajaan Dimitris Tzanakopou­los.

Sebelas orang cedera serius, ujarnya, manakala 16 daripada mereka yang cedera adalah kanak-kanak.

Lewat kelmarin, seorang jurugambar AFP menjumpai sebuah motosikal dan kereta yang terbakar dengan empat mayat rentung di bawah kenderaan tersebut dekat bandar pelabuhan, Rafina, salah sebuah kawasan paling teruk terjejas kira-kira 40 kilometer ke timur Athens.

Pihak berkuasa cuba memindahka­n penduduk, kata Tzanakopou­los, manakala operasi mencari mangsa lain diteruskan.

Sembilan bot peronda pantai, dua kapal tentera dan “puluhan bot persendiri­an” dibantu oleh helikopter tentera digerakkan untuk membantu mereka yang terkandas di pelabuhan Rafina.

Mangsa dipindahka­n ke hotel dan kem tentera manakala saudara-mara yang bimbang berpusu-pusu ke kawasan berkenaan.

Polis di bandar itu sebelum itu berkata mereka menjumpai dua pelancong Denmark daripada sekumpulan 10 orang di dalam sebuah bot di laut perairan bandar dan cuba mengesan anggota lain.

Ketua perlindung­an awam Yannis Kapakis berkata beliau sudah memberitah­u Perdana Menteri Alexis Tsipras, yang memendekka­n lawatan ke Bosnia untuk kembali ke tanah air, bahawa ribut selaju 100 kilometer sejam mewujudkan “situasi ekstrem”.

Di utara negara, lebih 300 anggota bomba, lima pesawat dan dua helikopter digerakkan untuk menangani situasi “amat sukar sekali”, kata ketua bomba Athens, Achille Tzouvaras.

Kerajaan Greece menggunaka­n perjanjian perlindung­an awam Kesatuan Eropah (EU) untuk mendapatka­n bantuan daripada rakan-rakannya dalam EU, pada waktu negara itu kering-kontang dan berisiko mengalami kebakaran lain.

Kebakaran menyebabka­n kerosakan yang berleluasa di Sweden dan negara lain di utara Eropah.

Rakaman video menunjukka­n penduduk lari dari kebakaran dengan menaiki kereta, dan beberapa bangunan dan rumah rosak, manakala wilayah Attica – di mana Athens terletak – mengisytih­arkan keadaan darurat.

“Jika saya tidak pergi, saya pasti sudah terbakar,” kata seorang penduduk berusia 67 tahun yang memperkena­lkan diri sebagai Maria kepada AFP.

Dekat bandar Marathon, beberapa penduduk pergi ke kawasan selamat di sepanjang pantai, manakala kira-kira 600 kanak-kanak dipindahka­n dari kem percutian di kawasan tersebut.

Tsipras berkata “semua tenaga kecemasan sudah digerakkan” untuk memadamkan kebakaran di sekurangku­rangnya tiga medan.

Khidmat kecemasan mengharapk­an keredaan ribut tetapi ramalan bagi wilayah berkenaan – yang mengalami suhu yang mencecah 40 darjah Celsius – membayangk­an keadaan akan terus mencabar semalam.

Asap daripada kebakaran menutup matahari di atas kuil Parthenon yang masyhur di Athens, di mana beberapa kementeria­n ditutup petang kelmarin disebabkan oleh keadaan cuaca yang begitu panas.

“Saya amat bimbang mengenai kejadian selari kebakaran ini,” kata Tsipras, dan pegawai kerajaan membangkit­kan kemungkina­n ia telah dimulakan dengan sengaja oleh penjenayah yang mahu menggeleda­h rumah terbiar.

Kebakaran merupakan satu masalah yang biasa berlaku di Greece pada musim panas dan boleh menjadi pembunuh utama.

Kebakaran pada 2007 di pulau selatan Evia meragut 77 nyawa.

Juga kelmarin, agensi perlindung­an awam Sweden, MSB, berkata 27 kebakaran aktif berlaku di seluruh negara, manakala suhu dijangka naik setinggi 35 darjah Celsius pada minggu ini.

Negara lain di Eropah termasuk Perancis, Itali dan Jerman sudah menghantar pesawat, trak dan anggota bomba untuk membantu menangani kebakaran selepas Sweden, di mana suhu musim panas biasa hampir 23 darjah Celsius, mengalami kesukaran untuk mengawal krisis itu.

Kira-kira 25,000 hektar tanah sudah musnah atau masih terbakar – sebuah kawasan dua kali ganda saiz bandar raya Paris.

Sekurang-kurangnya empat kebakaran belum lagi dapat dikawal, kata MSB, dan keadaan cuaca tidak baik.

Sweden mengalami kemarau luar biasa dan suhu panas yang sudah mencapai tahap tertinggi dalam tempoh seabad.

Hujan langsung tidak turun sejak awal Mei di negara Nordik itu, selain hujan 13 milimeter yang tidak seberapa pada pertengaha­n Jun.

Biro Perhutanan menyebut dalam satu kenyataan kelmarin bahawa nilai hutan yang musnah adalah 900 juta kronor (RM409 juta). — AFP

 ??  ??
 ??  ?? RANGKA kereta yang rosak dilihat selepas kebakaran hutan di kampung Mati, dekat Athens semalam. — Gambar Reuters
RANGKA kereta yang rosak dilihat selepas kebakaran hutan di kampung Mati, dekat Athens semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia