Utusan Borneo (Sabah)

Angka korban banjir, tanah runtuh di Vietnam cecah 27

-

HANOI: Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh berpunca daripada ribut tropika Son Tinh telah meningkat kepada 27 orang semalam, dan tujuh lagi masih hilang, kata Agensi Pengurusan Bencana.

Dengan garis pinggir laut yang panjang, Vietnam terdedah kepada ribut pemusnah dan banjir, dengan 389 orang terkorban pada tahun lepas dalam bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh, menurut statistik kerajaan.

Walaupun ribut tropika Son Tinh telah bertukar menjadi udara bertekanan rendah tropika pada masa ia sampai di Vietnam pada minggu lepas, hujan lebat yang dibawanya menyebabka­n banjir teruk dan tanah runtuh di banyak kawasan di utara Vietnam.

Beberapa kawasan di luar ibu negara Hanoi masih lagi ditenggela­mi air.

Wilayah pergununga­n terpencil Yen Bai mengalami kemalangan jiwa paling teruk dalam kejadian banjir dan tanah runtuh terbaharu, dengan 13 orang dilaporkan terkorban, 18 cedera dan empat lagi hilang, agensi peng-urusan bencana menyatakan dalam satu kenyataan.

Hujan lebat dan tanah runtuh turut merosakkan dan membanjiri lebih 12,000 rumah, lebih 90,000 hektar tanaman musnah, kebanyakan­nya adalah padi, dan memutuskan jalan raya di beberapa bahagian di utara Vietnam, kata agensi berkenaan.

Pada bulan lepas, hujan lebat menyebabka­n banjir kilat dan tanah runtuh yang mengorbank­an 24 orang di wilayah utara terpencil dan pergununga­n di Lai Chau dan Ha Giang.

Agensi tersebut menggesa pihak berkuasa dan orang ramai agar berjaga-jaga bagi kemungkina­n lebih banyak banjir dan tanah runtuh dalam masa beberapa hari akan datang.

Menurut Pusat Negara bagi Ramalan Hidro-Meteorolog­i, hujan lebat diramal akan berterusan di bahagian utara negara sehingga awal Ogos. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? SEORANG lelaki duduk di bumbung rumahnya selepas banjir melanda wilayah Ninh Binh kelmarin.
— Gambar Reuters SEORANG lelaki duduk di bumbung rumahnya selepas banjir melanda wilayah Ninh Binh kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia