Utusan Borneo (Sabah)

Kopeks tangguh MAT

Untuk rangka strategi pengukuhan, tadbir urus

-

KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) memaklumka­n bahawa koperasi itu menangguhk­an Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) tahun ini untuk membolehka­nnya menyusun semula strategi pengukuhan dan tadbirurus koperasi itu.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kopeks Buvill Angkui.

Kopeks yang ditubuhkan pada tahun 1963, merupakan salah sebuah koperasi kredit terbesar yang ahlinya terdiri dari penjawat awam di Sabah dengan keanggotaa­n lebih 9,000 orang.

Buvill berkata, untuk itu pihaknya telah memohon kebenaran daripada Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah.

Tambahnya, Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM Haji Mat Deris Jusoh juga telah dimaklumka­n mengenainy­a semasa beliau mengadakan lawatan kerja ke Kopeks minggu lalu.

Katanya, akaun Kopeks bagi tahun kewangan 2017 telah ditutup dan ia telah selesai diaudit oleh juruaudit koperasi sebagaiman­a yang diperlukan di bawah Akta Koperasi 1993.

“Pada tahun kewangan 2017, Kopeks mencatat perolehan sebanyak RM13.32 juta dengan untung bersih sebelum cukai sebanyak RM1.3 juta, iaitu meningkat 47.2 peratus daripada tahun 2016 sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata, pada tahun lepas koperasi mengeluark­an pinjaman sebanyak RM16.2 juta, menjadikan jumlah keseluruha­n pinjaman dikeluarka­n kepada anggota sejak 2009 sebanyak RM213.6 juta.

Bagaimanap­un katanya pengurusan koperasi memerlukan sedikit masa untuk membuat persiapan lebih rapi sebelum mengadakan mesyuarat agung tahunan.

Ini termasuk langkahlan­gkah untuk menyusun semula strategi pengukuhan dan tadbirurus yang melibatkan pindaan-pindaan dibuat dalam Aturan-Aturan Aktiviti dan lebih penting lagi pindaan terhadap Undang-Undang Kecil (UUK) koperasi.

“Langkah ini perlu untuk memantapka­n lagi peraturan, sistem operasi dan seterusnya memperting­katkan lagi kawalan dalaman koperasi.

“Ini penting selaras dengan laporan dan saranan dalam laporan audit melalui pemeriksaa­n usaha wajar yang dibuat oleh Suruhanjay­a Koperasi Malaysia terhadap Kopeks pada Februari lepas,” katanya.

Katanya pemeriksaa­n audit itu dibuat untuk menilai prestasi dan persediaan menjadi koperasi ‘anchor’ disebabkan Kopeks merupakan salah sebuah koperasi yang terpilih untuk kemungkina­n dijadikan

“Pada tahun kewangan 2017, Kopeks mencatat perolehan sebanyak RM13.32 juta dengan untung bersih sebelum cukai sebanyak RM1.3 juta, iaitu meningkat 47.2 peratus daripada tahun 2016 sebelumnya.

BUVILL ANGKUI Ketua Pegawai Eksekutif Kopeks

sebagai koperasi peneraju penggabung­gan koperasiko­perasi kredit dibawah usaha strategik pengukuhan gerakan koperasi di Malaysia.

“Mesyuarat agung Kopeks akan diadakan sebaik sahaja draf-draf pindaan terhadap Aturan Koperasi dan UndangUnda­ng Kecil selesai dibuat dan mendapat kelulusan awal daripada Suruhanjay­a Koperasi Malaysia,” katanya.

Kopeks disenaraik­an dalam Indeks 100 Koperasi terbaik di Malaysia sejak tahun 2013, dan pada tahun lalu Kopeks tersenarai di tangga yang ke-32.

Dalam ucapan ringkas sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Anggota Kopeks di Sembulan awal minggu lalu, Pengarah Suruhanjay­a Koperasi Negeri Sabah Omar Sarim Saidin memaklumka­n bahawa Kopeks merupakan koperasi ketiga dalam Indeks 50 Koperasi Terbaik di Sabah.

 ??  ?? PENGERUSI Kopeks Datuk Hajah Maznah Haji Abdul Ghani (tengah) memberi taklimat berkaitan perkembang­an terbaharu Kopeks kepada Mat Deris (tiga dari kanan), Omar (dua dari kiri), dan Timbalan Pengarah SKM Sabah Kastian Haji Dula (kiri sekali). Turut...
PENGERUSI Kopeks Datuk Hajah Maznah Haji Abdul Ghani (tengah) memberi taklimat berkaitan perkembang­an terbaharu Kopeks kepada Mat Deris (tiga dari kanan), Omar (dua dari kiri), dan Timbalan Pengarah SKM Sabah Kastian Haji Dula (kiri sekali). Turut...
 ??  ?? PENGERUSI Kopeks Hajah Maznah Haji Abdul Ghan (tengah) bersama barisan anggota Lembaga Pengarah Kopeks menyampaik­an cendera kenangan kepada Mat Deris (enam dari kiri).
PENGERUSI Kopeks Hajah Maznah Haji Abdul Ghan (tengah) bersama barisan anggota Lembaga Pengarah Kopeks menyampaik­an cendera kenangan kepada Mat Deris (enam dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia