Utusan Borneo (Sabah)

Dasar ekonomi tidak harus berasaskan kaum: Azmin

-

KUALA LUMPUR:Kerajaan Pakatan Harapan (PH) percaya dasarekono­minegarati­dakharus berasaskan kaum sebaliknya perlu berdasarka­n keperluan rakyat demi faedah kepada seluruh warga Malaysia, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Ini yang diamalkan dalam penggubala­n dasar-dasar ekonomi di Selangor. Justeru, dengan pengalaman saya yang tidak seberapa di Selangor (selaku menteri besar sebelum ini), kita boleh kembangkan amalan ini ke peringkat nasional dan lihat sejauh mana dasardasar ekonomi kita boleh memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Semakan semula Dasar Ekonomi Baharu (DEB) ini bertujuan memastikan ia memenuhi keperluan dan aspirasi semua rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, di sini pada Selasa.

Mohamed Azmin berkata DEB tidak akan digantikan sepenuhnya namun jika ada keperluan, dasar baharu akan diperkenal­kan seiring dengan hala tuju baharu kerajaan PH.

Katanya perkara itu akan dilihat oleh Unit Perancang Ekonomi dan beliau berharap sebahagian daripada dasar baharu, jika perlu, akan diperkenal­kan semasa pembentang­an Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia (RMK) ke-11 pada November ini.

Katanya berbanding kajian separuh penggal RMK sebelum ini yang lazimnya melibatkan pembentang­an penilaian dasar-dasar yang dilaksanak­an dalam tempoh dua tahun RMK tersebut, kali ini kerajaan PH akan memperkena­lkan dasar dan hala tuju baharu kerajaan.

Beliau turut memberi jaminan kajian semula DEB atau pelaksanaa­n dasar baharu akan tetap menjamin hakhak bumiputera namun akan dilakukan secara lebih adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia