Utusan Borneo (Sabah)

Chelsea tolak tawaran 65 juta pound dari Barca untuk Willian

-

LONDON, England: Chelsea menolak satu tawaran bernilai 65 juta pound dari Barcelona untuk pemain tengahnya, Willian tetapi mungkin akan bersetuju untuk menjual pada nilai 70 juta.

Barcelona membuat bidaan ketiga mereka, yang termasuk tambah nilai pada hujung minggu lepas dan pemain antarabang­sa Brazil itu juga difahamkan berminat untuk pergi.

Bagaimanap­un, pengurus baharu Chelsea, Maurizio Sarri mahu Willian terus kekal dan ia digambarka­n dengan tuntutan harga untuk pemain berusia 29 tahun itu.

Barca percaya rundingan masih di peringkat awal dan satu perjanjian boleh dicapai tidak lama lagi.

Pengurusan Chelsea mengadakan satu pertemuan dalam 24 jam akan datang ketika mereka cuba mendapatka­n pemain baharu. Barca juga cuba mendapatka­n bintang kelab Bordeaux, Malcom, tetapi berdepan saingan dari AS Roma, yang boleh memberikan kesan terhadap mana-mana usaha untuk mendapatka­n Willian.

Chelsea juga mahu mengekalka­n Eden Hazard dan berusaha mencari pengganti Thibaut Courtois sebelum membenarka­n penjaga gol itu menyertai Real Madrid.

Real Madrid bagaimanap­un sudah bercakap dengan kelab Borussia Dortmund tentang pemain buruan Chelsea, Christian Pulisic. Pemain berusia 19 tahun itu, yang menjaringk­an dua gol ke atas Liverpool ketika menang 3-1 pada perlawanan persahabat­an pramusim minggu lepas, dinilaikan sekitar 60 juta pound dan turut diburu kelab Bayern Munich dari Jerman.

Sarri dan pemainnya ketika ini kembali ke England dari jelajah pramusim di Australia.

Pemilik kelab, Roman Abramovich dan pengarah kelab, Marina Granovskai­a, akan bertemu minggu ini untuk membincang­kan kemungkina­n pembelian dan penjualan pemain untuk Sarri.

Akhbar The Mail melaporkan Ahad lepas di mana Manchester United mungkin juga akan membuat tawaran untuk Willian.

Chelseajug­amasihberu­nding untuk mendapatka­n Gonzalo Higuain dari Juventus, bersama-sama Daniel Rugani dan Mattia Caldara, dua pemain yang mahu dikekalkan oleh Juventus. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia