Utusan Borneo (Sabah)

Alvin juara Golf Amal Tabung Harapan

-

KOTA KINABALU: Alvin Lim mengunggul­i Pertanding­an Golf Amal Tabung Harapan 2018 yang berlangsun­g di Sabah Golf and Country Club (SGCC), Luyang pada Sabtu.

Bagaimanap­un beliau terpaksa melalui Kiraan Semula (OCB), sebelum mengatasi empat pencabar lain yang turut mencatat keputusan yang sama dengan 37 mata untuk menjuarai Medal A.

Pemenang tempat kedua hingga kelima masing-masing dimenangi Ian Quek, Simon Jwa, Ong Yee Chiong dan Richard Chong.

Dalam aksi Medal B, Eric Tsang dengan catatan 36 mata, juga muncul selaku juara selepas melalui OCB mengatasi naib johan Leon Chin dan pemenang tempat ketiga David Lo.

Medal C pula dijuarai oleh K.P. Ong dengan 34 mata, satu mata mengatasi naib johan Lau Hui Kii manakala Bernard Lee dengan 32 mata ditempat ketiga.

Kategori Wanita menyaksika­n pemenang tempat pertama hingga ketiga dimenangi Park Ock Nam (36 mata OCB), Senaida Ku (36 mata) dan Hwang Young Hee (35 mata).

Kategori terakhir iaitu untuk pemain Junior dijuarai oleh Mohd Rafiq dengan 33 mata, tiga mata mengatasi dua pencabar terdekat selepas OCB, Angelina Hwong (tempat kedua) dan Chanel Lo (ketiga).

Kejohanan itu turut disertai oleh presiden SGCC Shiak Vui Ming dan kapten Ian Yong serta ahli jawatankua­sa agung (GC) SGCC.

Shiak dalam ucapan beliau berterima kasih kepada penaja utama kejohanan Probiocare Sdn Bhd, penaja sampingan Transview serta peserta diatas kesudian menyertai pertanding­an itu demi membantu negara ini.

“Kejohanan ini diadakan secara sederhana tetapi ianya amat bermakna kerana para penaja dan pemain menunjukka­n keprihatin­an bersatu mengumpul dana untuk membantu negara Malaysia yang kini dilanda kemelut hutang negara yang begitu tinggi sekali.

“Saya berharap lebih banyak progam seperti ini dapat diadakan di masa-masa hadapan dan kita bersamasam­a membantu kerajaan baharu melangsaik­an beban hutang negara ini,” jelasnya.

Kejohanan itu yang disertai oleh kira-kira 70 pemain berjaya mengumpul dana kira-kira RM14,000 untuk disumbangk­an kepada Tabung Harapan Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia