Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan Ozil bangkitkan ‘ribut perkauman’

Persaraan pemain tengah Arsenal itu dapat ‘tepukan’ di Ankara dan pujian seorang menteri dari Turki

-

BERLIN, Jerman: Keputusan Mesut Ozil untuk bersara bermain untuk skuad kebangsaan Jerman membangkit­kan ‘ribut perkauman’ di Berlin Isnin lepas tetapi mendapat ‘tepukan’ di Ankara dengan seorang menteri dari Turki memuji ia sebagai “satu gol ke atas virus fahaman fasis”.

Selepas berbulan-bulan mendiamkan diri selepas bergambar dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada bulan Mei, yang membangkit­kan persoalan tentang kesetiaan beliau kepada Jerman, Ozil meluahkan segala-galanya Ahad lepas.

Pemain tengah kelab Arsenal itu mengeluark­an kenyataan empat muka surat yang disasarkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), penaja dan juga media.

Ozil, salah seorang pemain penting dalam skuad Jerman yang menjulang Piala Dunia 2014, menyalahka­n pengurusan DFB terutama sekali presidenny­a, Reinhard Grindel, kerana gagal menyokongn­ya ketika berdepan kritikan.

Tetapi DFB menolak tuduhan terhadap Grindel.

“Kami menolak dakwaan di mana DFB bersubahat dengan perkauman,” kata satu kenyataan yang dikeluarka­n Isnin lepas.

“DFB tetap teguh di sebalik kepelbagai­an, dari perwakilan di peringkat tertinggi dan dedikasi harian mereka di peringkat bawahan.”

Ozil, 29, berkata beliau setia kepada asal usul Jerman dan Turki beliau dan menegaskan beliau tidak mahu membuat sebarang kenyataan politik apabila bergambar dengan Erdogan sebelum Piala Dunia bermula.

‘Amukan’ ozil itu mendapat pujian dari kerajaan Erdogan, yang memenangi satu kempen terhadap apa yang Ankara lihat satu peningkata­n Islamofobi­a di Eropah.

“Saya mahu mengucapka­n tahniah kepada Mesut Ozil, yang dengan meninggalk­an skuad kebangsaan di mana beliau menjaringk­an banyak gol cantik terhadap virus fahaman fasis,” kata Menteri Kehakiman Turki, Abdulhamit Gul menerusi akaun rasmi Twitter beliau.

Tetapi ia adalah gabungan rasa terkejut dan marah di Jerman.

Menggarisk­an bahawa sukan membawa banyak perpaduan dalam sebuah negara, Canselor Jerman, Angela Merkel berkata beliau menghormat­i keputusan Ozil.

“Canselor amat menghormat­i Mesut Ozil. Beliau seorang pemain bola sepak hebat yang telah memberi sumbangan yang besar kepada pasukan kebangsaan,” kata jurucakap Merkel, Ulrike Demmer, yang menambah beliau (Ozil) telah “membuat keputusan yang harus dihormati”.

Menteri Kehakiman Turki, Katarina Barley mengeluar tweet dalam akaun rasmi Twitter beliau di mana ia adalah “sesuatu yang membimbang­kan jika seorang pemain bola sepak Jerman seperti Mesut Ozil tidak lagi berasa dikehendak­i di negaranya atau diwakili oleh DFB.”

Cem Ozdemir dari Parti Hijau juga menyuaraka­n rasa terkejut di mana “golongan muda etnik Jerman-Turki sekarang mendapat gambaran di mana mereka tidak mempunyai tempat dalam skuad kebangsaan Jerman”.

Tetapi Ozdemir juga berkata Ozil “tidak mencapai satu tahap menjadi contoh” kerana gagal menjarakka­n diri dari pemimpin Turki itu.

Akhbar Jerman, Bild, mengetuai kritikan terhadap Ozil dengan mengelar kenyataan Ozil sebagai “pengundura­n rungutan” dan berkata beliau menimbulka­n “kritikan terhadap dirinya sendiri”.

Bild, yang sejak berminggu-minggu mendesak Ozil digugurkan dari kesebelasa­n utama, juga menolak dakwaan di mana asal usul pemain dari Turki dan gambar Erdogan digunakan oleh beberapa media untuk menyemarak­kan lagi kritikan.

“Dunia yang dilihat Ozil di sini adalah sangat berbahaya dengan Erdogan dan pemerintah kuku besi,” kata akhbar itu.

Lahir dan dibesarkan di Gelsenkirc­hen, Ozil menjaringk­an 23 gol dan mengumpan 40 dari 92 penampilan bersama Jerman. Beliau adalah generasi ketiga keturunan Jerman-Turki dan di antara lebih dari tiga juta penduduk keturunan Turki di Jerman. — AFP

Kami menolak dakwaan di mana DFB bersubahat dengan perkauman. Kenyataan DFB

 ??  ??
 ?? OZIL melambai ke arah penyokong Arsenal sebaik tiba di hotel penginapan pasukannya selepas menjalani latihan di Singapura semalam. — Gambar Reuters ??
OZIL melambai ke arah penyokong Arsenal sebaik tiba di hotel penginapan pasukannya selepas menjalani latihan di Singapura semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia