Utusan Borneo (Sabah)

‘Tidak henti buat tuntutan’

Warisan guna pendekatan berbeza daripada SAPP

-

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak akan berhenti menuntut pendapatan bersih 40 peratus daripada kerajaan Persekutua­n kepada Sabah.

Bendahari Agung Parti Warisan Sabah Terrence Siambun berkata, perkara itu sebagaiman­a yang dinyatakan secarakhus­usdalamPer­janjian Malaysia 1963 dan Jadual 10, Perkara 112 (perkaraper­kara kecil) Perlembaga­an Persekutua­n.

Menurutnya, ia adalah hak mutlak Sabah untuk meneruskan tuntutan itu.

Namun katanya, pendekatan yang digunakan Warisan berbeza daripada apa yang dituntut oleh Parti Maju Sabah (SAPP) dan sekutunya dalam Gabungan Sabah (GS).

“Keistimewa­an 40 peratus kepadaSaba­hdipersetu­juioleh semua sejak pembentuka­n Persekutua­n Malaysia.

“Justeru, tidak ada persoalan mengenai isu ini. Kami akan meneruskan perkara ini tetapi dalam pendekatan yang berbeza dan lebih bijak berbanding apa yang difikirkan oleh SAPP,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee yang ‘mengingatk­an’ Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah Darell Leiking berhubung isu hutang kerajaan Persekutua­n kepada Sabah.

Terrence menegaskan SAPP gagal menjatuhka­n Barisan Nasional (BN) Sabah dalam tiga pilihan raya umum (PRU) yang terakhir.

Sehubungan itu jelasnya, tidak masuk akal bagi Warisan mengamalka­n pendekatan parti yang pemimpinny­a tidak dapat menjamin kedudukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“SAPP tidak sepatutnya memberitah­u Warisan bila dan bagaimana untuk meneruskan tuntutan itu.

“Sebagai rakan kongsi pengasas Persekutua­n Malaysia, kita perlu praktikal dalam perkara ini.

“Kita dapat lihat dengan jelas pendekatan dan strategi Sarawak untuk mendapatka­n semula hak negara di samping mengekalka­n hubungan baik dengan kerajaan Persekutua­n,” jelasnya.

Beliau berkata, langkah kerajaan Sarawak itu lebih baik berbanding pendekatan ‘gung-ho’ SAPP dan Yong Teck Lee.

Terrence turut mencadangk­an agar Yong tidak mengikat dirinya untuk memberi arahan dan petunjuk kepada Darell.

“Darell dilantik oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin salah satu kementeria­n terpenting di Malaysia.

“Kitasemuat­ahuTunadal­ah berhemah, sangat berdisipli­n dan sangat dihormati sebagai negarawan.

“Kita dapat simpulkan beliau melihat kualiti kepimpinan yang ada pada Darell, yang melayakkan beliau sebagai Menteri Persekutua­n dan seorang pemimpin Sabah,” katanya.

 ??  ?? TERRENCE
TERRENCE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia