Utusan Borneo (Sabah)

Exco Pemuda Upko masih utuh

- TAMBANAN Oleh JOHN

PENAMPANG: Walaupun terkejut dan sedih dengan peletakkan jawatan oleh ketua mereka, Pegerakan Pemuda Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) akan meneruskan perjuangan parti itu.

Timbalan Ketua Pemuda Upko Pusat Kennedy Jie John berkata demikian berikutan peletakan jawatan secara mengejut mantan Ketua Pemuda Upko Pusat, Arthur Sen pada Isnin.

“Meskipun peletakan jawatan Arthur merupakan satu kehilangan besar, kami sebagai ahli Exco Pemuda Upko sentiasa bersedia untuk meneruskan perjuangan parti.

“Kami mempunyai pasukan yang kuat dan kami bersedia untuk meneruskan perjuangan pemuda Upko,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco Pemuda Upko di ibu pejabat parti itu di Pekan Donggongon, di sini, malam Selasa.

Kennedy yang kini memangku jawatan Ketua Pemuda Upko Pusat berkata, walaupun Pemuda Upko terkejut dengan peletakan jawatan Arthur, pergerakan itu menerima keputusan berkenaan.

“Seperti yang anda lihat, lebih setengah ahli Exco Pemuda Upko menghadiri mesyuarat ini walaupun ada dalam kalangan mereka terpaksa datang dari jauh.

“Ini menunjukka­n bahawa kami dalam pergerakan Pemuda Upko masih kukuh, kami masih bersatu dan menyatakan ikrar kami untuk menyokong kepimpinan parti di bawah kepimpinan Pemangku Presiden Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau,” katanya.

Seramai 22 daripada 30 ahli Exco Pergerakan Pemuda Upko menghadiri mesyuarat berkenaan.

Menurut Kennedy, pergerakan itu telah cuba menghubung­i Arthur untuk mengetahui kenapa dia meninggalk­an parti, tetapi dia dilaporkan enggan menyatakan sebabnya. “Kami juga tidak mengetahui apa langkah Arthur seterusnya.”

Beliau berkata, keputusan Arthur dibuat secara individu memandangk­an tidak ada ahli pergerakan itu mengikutin­ya meninggalk­an parti.

Beliau memberitah­u Upko kini sedang dalam proses menjalanka­n pemilihan parti di peringkat cawangan dan juga bahagian.

Malah katanya, semakin ramai orang muda menunjukka­n minat untuk bertanding dalam pemilihan parti yang mana, membuktika­n kekuatan parti itu.

Arthur yang menyertai Upko sejak 2001 melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Pengerusi Biro Aduan Upko, Naib Ketua Bahagian Upko Ranau dan Pengerusi Upko Cawangan Rapak. -

 ??  ?? KENNEDY (tengah) bersama ahli Exco Pemuda Upko melaungkan slogan parti.
KENNEDY (tengah) bersama ahli Exco Pemuda Upko melaungkan slogan parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia