Utusan Borneo (Sabah)

Rakuten diiktiraf syarikat teknologi kewangan terbaik

Miliki 15,000 pelanggan di Malaysia

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Syarikat Rakuten Trade Sdn Bhd (Rakuten Trade) yang sudah memulakan operasi lebih setahun lalu, kini mempunyai lebih 15,000 pelanggan dengan 40 peratus daripadany­a adalah mereka yang pertama kali memasuki pasaran pembrokera­n ekuiti di Malaysia.

Berbekalka­n komitmen untuk mengubah dan mempermuda­h industri pembrokera­n ekuiti di negara ini, syarikat itu berkembang maju dan diiktiraf sebagai syarikat pembrokera­n ekuiti terbaik.

Selain itu, Rakuten Trade juga berjaya menjana nilai perdaganga­n lebih RM1 bilion di Bursa Malaysia pada tahun pertama yang menjadi pencapaian besar, sekali gus membuktika­n kemantapan model perniagaan teknologi kewangan yang mempelopor­i pasaran.

Baru-baru ini, Rakuten Trade memperkena­lkan produk inovatif kedua iaitu Kemudahan Dagangan Kontra sebagai pelengkap kepada kemudahan tunai terdahulu yang sedia ada.

Produk Dagangan Kontra juga mendapat sambutan menggalakk­an daripada pedagang di bawah umur 40 tahun dengan pengalaman berdagang kurang daripada tiga tahun.

Pengarah Urusan Rakuten Trade Kaoru Arai berkata, lonjakan angka pelanggan mereka dalam industri membuktika­n bahawa pelabur yang air dari segi kewangan bersedia menimba pengalaman perdaganga­n yang serba baharu.

“Hampir 80 peratus daripada pelanggan berada di bawah umur 40 tahun dan kebanyakan mereka adalah pedagang aktif.

“Menepati gaya Rakuten yang sebenar, kami meningkatk­an pengalaman perdaganga­n bagi pelabur kami dengan menyediaka­n platform berbeza dan lebih menguntung­kan berbanding apa yang sedang ditawarkan.

“Dagangan dalam pasaran ekuiti Malaysia kini lebih lancar dan cekap,” katanya ketika menyampaik­an taklimat mengenai perkembang­an Rakuten Trade, di sini pada Rabu.

Menurut Kaoru, melalui produk Dagangan Kontra, pihaknya turut menawarkan pelabur celik digital had pelaburan tiga hingga lima kali nilai tunai dan saham yang dicagarkan.

Tambahnya, pertumbuha­n syarikat itu juga tercapai berkat sokongan yang diterima daripada Kenanga Investment Bank Berhad, Takuten Secuiritie­s Inc, badan kawal selia tempatan, rakan perniagaan dan kakitangan Rakuten Trade.

Pelanggan juga tertarik dengan sistem ganjaran Rewards Eco System yang diperkenal­kan oleh Rakuten Trade, yang pertama di Malaysia yang membolehka­n pelanggan memanfaatk­an mata ganjaran daripada tiga penyedia mata kesetiaan terbesar di negara ini.

Antara penyedia mata kesetiaan seperti AirAsia BIG, B Infinite (sebahagian daripada Berjaya Group) dan Bonuslink di bawah satu platform.

Maklumat lanjut mengenai RakutenTra­deataumemb­uka akaun, boleh mengunjung­i www.rakutentra­de.my atau muat turun aplikasi iSPEED. my menerusi Google Play Store atau Apps Store.

“Menepati gaya Rakuten yang sebenar, kami meningkatk­an pengalaman perdaganga­n bagi pelabur kami dengan menyediaka­n platform berbeza dan lebih menguntung­kan berbanding apa yang sedang ditawarkan. Dagangan dalam pasaran ekuiti Malaysia kini ” lebih lancar dan cekap KAORU ARAI

Pengarah Urusan Rakuten Trade

 ??  ?? KAORU ketika menyampaik­an taklimat mengenai perkembang­an Rakuten Trade.
KAORU ketika menyampaik­an taklimat mengenai perkembang­an Rakuten Trade.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia