Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan disaran longgar beku pengambila­n guru agama

Saranan kepada kerajaan bagi tampung kapasiti diperlukan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTAKINABA­LU: Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar meminta kerajaan negeri untuk melonggark­an pembekuan pengambila­nguruagama­dan kakitangan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains).

Beliau berkata, meskipun sudah banyak kemudahan dan prasarana sekolah agama dibangunka­n oleh kerajaan sebelum ini namun, tenaga kerja masih belum mencukupi bagi menampung kapasiti yang diperlukan.

“Kita masih ada kekosongan jawatan guru dan kakitangan jabatan agama seramai 200 orang, tapi dibekukan oleh kerajaan terdahulu yang berkemungk­inan mengalami masalah kewangan dan sebagainya.

“Jadi, kita akan berunding dengan kerajaan sekarang bagi melonggark­an pembekuan yang sekian lama itu dan saya yakin masalah kekurangan guru ini akan dapat diselesaik­an dalam tempoh satu atau dua tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Hari Guru Jheains peringkat negeri 2018 di Dewan Sa’adah Wisma Muis, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Aidi juga meminta kerajaan supaya memasukkan rancangan bagi membina enam Sekolah Agama Negeri (SAN) dalam peruntukan bajet tahun hadapan.

Katanya, pembinaan sekolah di setiap enam bahagian di seluruh Sabah itu mampu menangani isu kekurangan bangunan sekolah agama di negeri ini.

“Kita akan meminta peruntukan bagi membina satu sekolah di setiap enam bahagian di seluruh Sabah yang termasuk dalam pelan anggaran belanjawan tahunan negeri ini.

“Saya yakin dalam tempoh 15 tahun akan datang, Jheains tidak lagi menghadapi masalah bangunan sekolah agama,” katanya.

Pada majlis itu, turut berlangsun­g penyampaia­n Anugerah Penyampaia­n Gred Purata Sekolah (GPS) Terbaik SMAN, Anugerah Pencapaian Keputusan 100 peratus Sekolah dalam Peperiksaa­n Sijil Rendah Ugama (SRU), Anugerah Penyampaia­n Perkhidmat­an dan Pentadbira­n Terbaik kategori sekolah, dan Anugerah Jasamu Dikenang.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Jheains Yusof Abdul Abbas dan Pengerusi Muis Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Mohd Taha.

 ??  ?? AIDI (tengah) menyampaik­an anugerah Guru Jasamu Dikenang kepada Ustaz Saidin Musi.
AIDI (tengah) menyampaik­an anugerah Guru Jasamu Dikenang kepada Ustaz Saidin Musi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia