Utusan Borneo (Sabah)

Rompak berkumpula­n: Remaja ketahui nasib 15 Ogos

Rompak berkumpula­n bersenjata pisau terhadap wanita

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan jatuh hukum pada 15 Ogos, terhadap seorang remaja berusia 18 tahun, atas kesalahan rompak berkumpula­n bersenjata.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 17 tahun pada waktu kejadian, sementara menunggu laporan akhlak disediakan.

Tertuduh melakukan kesalahan itu bersama dengan Sukri Awang, 22, pada 3 Jun jam 5.45 petang, di kedai runcit Sudi Enterprise, Kampung Taun Gusi Peninting, daerah Kota Belud.

Mereka yang bersenjata­kan sebilah pisau lipat, merampas wang berjumlah RM500 dan sebuah telefon pintar, milik seorang wanita berusia 22 tahun.

Hukuman yang diperuntuk­kan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, penjara selama 20 tahun dan sebat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa atas pertuduhan itu pada 12 Jun, dan mengaku salah.

Sementara itu, mahkamah membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 deposit RM5,000 dicagarkan dua penjamin tempatan, salah seorang haruslah ahli keluarga.

Manakala Sukri yang tidak diwakili peguam dikenakan penjara selama tempoh lapan tahun, selepas mengaku salah.

Tertuduh melakukan kesalahan itu bersama dengan Sukri Awang, 22, pada 3 Jun jam 5.45 petang, di kedai runcit Sudi Enterprise, Kampung Taun Gusi Peninting, daerah Kota Belud.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia