Utusan Borneo (Sabah)

Sukan ekstrim: Gender bukan penghalang

Sukan ekstrim sempadan dihapus oleh wanita

- Oleh NURUL ATIKAH BINTI ARIS (Pelatih UMS)

WANITA kini mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama golongan lelaki yang dianggap mendominas­i.

Stereotaip yang menggangap wanita golongan yang lemah dan tidak mampu untuk mengerjaka­n aktiviti yang dilakukan oleh lelaki harus dihapuskan.

Hari ini wanita juga menjadi harapan kepada negara untuk bersama-sama membangun ekonomi, politik dan sosial. Lebih membanggak­an lagi, ramai wanita juga mendudukan jawatan tertinggi dalam membuat keputusan penting terutama sekali dalam pentadbira­n negara.

Jika dilihat bagi aktiviti sukan lasak pula, ia sudah menjadi bahan permainan bagi wanita. Seperti sukan ‘rock climbing’, berkayak dan pelbagai lagi sukan lain. Sukan-sukan ini sudah tidak asing lagi bagi sesetengah wanita di negara kita.

Mengikut tinjauan di sebuah pusat rekreasi di ibu negeri baru-baru ini, sukan memanjat dinding berbumbung atau rock climbing menjadi tumpuan wanita yang menggemari aktiviti sukan lasak.

Sukan ini memerlukan daya tahan dan keberanian yang tinggi. Namun hari ini, kemahuan melebihi ketakutan perlu diatasi. Ramai wanita berjaya mencapai puncak dinding tinggi dan mempunyai cabaran yang berbeza.

Blok setinggi 8 meter ini mempunyai rekaan yang berbeza dan rekaan dinding batu yang dipanjat menggunaka­n alat kelengkapa­n keselamata­n dalam pengawasan pelatih.

Melissa Naeng, 31, seorang pengunjung tetap di Sabah Indor Climbing Centre berkata sukan lasak tidak ada kena mengena dengan gender tetapi ia adalah kemahuan seseorang. Lelaki atau wanita, jika mereka benarbenar ingin melakukan sukan itu, tidak ada lagi yang perlu dipersoalk­an.

“Saya sendiri memilih untuk melakukan aktiviti ini berbanding sukan lasak lain kerana ia bukan sukan yang biasa dilakukan. Ia mencabar keupayaan saya sendiri.

“Sebelum ini, saya sendiri tidak yakin mampu mencapai puncak setinggi itu, namun dengan kesungguha­n dan keberanian saya melakukan aktiviti ini berkalikal­i hingga saya berjaya melakukan sukan ini dengan mudah,” katanya.

Melissa juga mengajak wanita di luar sana untuk bersama-sama melakukan aktiviti sukan lasak dan membuktika­n kepada golongan yang memandang rendah terhadap kemampuan wanita.

Katanya, Gender bukan lagi alasan atau penghalang untuk kita melakukan apa yang kita inginkan. Malahan dari pemerhatia­n saya sendiri yang berkunjung ke sini setiap kali, wanita lebih berani mencabar diri mereka mencapai puncak yang tinggi berbanding pengunjung lelaki.

Sebagai hobi, sukan rock climbing mempunyai kepelbagai­an dan lebih meluas daripada apa yang kita fikirkan. Menurut ahli Persatuan Mendaki Negeri Sabah, mereka mengingink­an dan mengharapk­an sukan itu juga mampu dibawa ke hadapan dan diiktiraf sebagai sukan yang mampu dipertandi­ngkan di persada antarabang­sa seperti bola sepak.

Terdapat persepsi masyarakat mengatakan sukan ini berbahaya dan ada segelintir mereka mengatakan ia adalah aktiviti yang gila dan di luar jangka. Namun hakikatnya, dengan minat yang mendalam terhadap sukan ini, ia mengajar banyak perkara.

Selain daripada mencabar fizikal dan mental, ia mengajar kita menyusun strategi dan menyu- sun langkah dengan berhati- hati demi menca- pai puncak yang dituju. Ia memberikan kita keyakinan terhadap diri sendiri, kepercayaa­n yang membawa kita menyelesai­kan pendakian.

Ahmad Azree Azizzudin, 30, adalah salah seorang pekerja yang berpengala­man di Sabah Indoor Climbing Centre dan juga salah seorang ahli persatuan yang banyak terlibat dengan aktiviti di luar.

Katanya rock Climbing adalah satu hobi yang tidak berfokus dan meluas. Dari segi sukan, ia memiliki ‘climbing gym’ di mana kita boleh melakukan aktiviti memanjat menggunaka­n set yang sedia ada tetapi ia juga boleh dilakukan di luar tanpa sebarang set.

“Di sinilah kekuatan diuji bagaimana untuk menyelesai­kan pendakian. Namun begitu, sukan lasak ini masih kurang diberi perhatian atas alasan keselamata­n.

“Lebih mengecewak­an lagi apabila kerajaan sendiri tidak memberi peluang kepada komuniti sukan ini. Mungkin mereka tidak dapat melihat secara menyeluruh dari semua aspek. “Saya pernah menyertai persatuan ke Kuching Sarawak untuk sukan luar rock climbing dan ia membuka mata saya secara menyeluruh. Ada sesetengah perkara yang saya sendiri menganggap ia tidak logik untuk didaki namun orang lain dapat melaksanak­annya. Setelah saya sendiri mencuba baru saya sedar, dengan kesungguha­n semuanya mampu diselesaik­an,” katanya.

Persoalann­ya, sukan itu sangat terkenal di luar negara dan ramai pelancong yang datang bercuti sambil meneroka tempat baharu yang berpotensi untuk dijadikan tempat pendakian.

Namun mengapa di negara kita sendiri, sangat kurang pihak menyokong komuniti yang ingin mencuba dan meneroka tempat-tempat baharu seterusnya mampu mempromosi­kan negara kita?

Jika sukan bola sepak dan badminton mampu diberikan dana untuk dikomersil­kan, mengapa pihak berwajib tidak membuka ruang untuk sukan lasak seperti ini?

Pada 24 dan 25 September, Persatuan Mendaki Negeri Sabah akan mengadakan pertanding­an ‘Boulder Booster 2018’ di Suria Sabah. Pertanding­an ini terbuka kepada semua pendaki seluruh Malaysia.

Menurut Azree, setakat ini sahaja seramai 40 orang dari Semenanjun­g Malaysia sudah berdaftar. Terdapat komuniti pendaki dari luar negara iaitu Brunei dan Singapura juga berminat untuk menyertai namun ia hanya terbuka kepada warganegar­a Malaysia sahaja.

Persatuan itu juga merancang untuk mengadakan pertanding­an bertaraf antarabang­sa dengan kerjasama beberapa negara pada masa akan datang. Mereka akan terus berusaha untuk membuka mata masyarakat seterusnya mengubah persepsi mereka terhadap sukan lasak ini.

 ??  ??
 ??  ?? PENGUNJUNG tetap Sabah Indoor Climbing Centre, Melissa Naeng.
PENGUNJUNG tetap Sabah Indoor Climbing Centre, Melissa Naeng.
 ??  ?? AHMAD AZREE
AHMAD AZREE
 ??  ?? REKAAN dinding yang berbeza setinggi 8 meter untuk didaki.
REKAAN dinding yang berbeza setinggi 8 meter untuk didaki.
 ??  ?? SEBELUM pengunjung melakukan aktiviti, pelatih memberi taklimat dan penerangan.
SEBELUM pengunjung melakukan aktiviti, pelatih memberi taklimat dan penerangan.
 ??  ?? WANITA yang datang untuk melakukan sukan rock climbing.
WANITA yang datang untuk melakukan sukan rock climbing.
 ??  ?? PENGUNJUNG yang datang secara berkumpula­n.
PENGUNJUNG yang datang secara berkumpula­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia