Utusan Borneo (Sabah)

Usaha komuniti Pulau Omadal perlu dicontohi: Christina

-

SEMPORNA: Inisiatif komuniti tempatan menubuhkan serta mengurus sendiri Pusat Penetasan Penyu di Pulau Omadal dekat sini, perlu dicontohi.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew berkata sumbangan tenaga, wang ringgit dan masa yang diberikan secara sukarela oleh penduduk pulau itu terhadap pemelihara­an penyu di Sabah cukup dihargai.

“Bantuan serta sokongan ini saya lihat sangat membantu jabatan di bawah kementeria­n saya dalam program konservasi penyu di luar kawasan perlindung­an,” katanya yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Pembantu Menterinya, Assaffal P Alian sempena Sambutan Hari Penyu Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2018, di sini pada Khamis.

Christina berkata usaha komuniti Pulau Omadal itu secara langsung membantu mewujudkan produk pelanconga­n di pulau itu dan Semporna amnya.

“Penyertaan awam di dalam penjagaan serta pemelihara­an penyu di negeri ini bukan sahaja dapat meningkat populasi penyu tetapi menyumbang kepada sektor pelanconga­n,” katanya.

Dalam pada itu, Christina turut memuji pewujudan Jawatankua­sa Pengurusan Penyu (TMB) yang dipengerus­ikan Pegawai Daerah Semporna, Chacho Bullah, dengan keahlian terdiri daripada agensi penguatkua­saan serta jabatan kerajaan lain untuk membantera­s kegiatan pembunuhan dan penjualan penyu atau aktiviti berkaitan dengan Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997 di daerah ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia