Utusan Borneo (Sabah)

Mayat warga emas ditetak ditemukan tepi jalan

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan dengan kesan tetakan di tepi Jalan Batu 9 Kampung Lot M, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah, Superinten­dan A.Sahak Rahmat berkata identiti mangsa masih dikenalpas­ti dan dipercayai berumur lingkungan 60-an ditemukan dengan empat kesan luka.

“Lebih kurang jam 7.01 pagi, anggota polis yang bertugas di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Kinabatang­an telah menerima panggilan telefon daripada orang awam menyatakan bahawa telah menjumpai satu mayat lelaki terbaring di tepi jalan tersebut,” katanya.

Beliau berkata sepasukan anggota polis telah bergegas ke lokasi kejadian dan siasatan telah dijalankan di lokasi mayat mangsa dan mendapati adanya kesan tetakan iaitu luka di muka sebelah kanan berukuran lebih kurang 6cm, luka di lengan sebelah kiri, luka di sebelah belakang tepi kanan kepala dan luka di belakang telinga kanan.

Sahak berkata siasatan lanjut di tempat kejadian juga menjumpai serpihan jam tangan disyaki milik mangsa yang telah terlerai dan satu beg pakaian yang berada berhampira­n mangsa bersama sepasang selipar berwarna hitam.

“Siasatan terhadap beberapa orang saksi yang tinggal berhampira­n kawasan mayat dijumpai menyatakan tidak ada melihat kejadian pergaduhan berlaku dan tidak ada mendengar apa-apa jeritan dari luar rumah pada waktu malam sehingga subuh sebelum mayat mangsa ditemukan,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

“Pihak polis masih menjalanka­n siasatan lanjut dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? MAYAT mangsa ditemukan dengan kesan tetakan.
MAYAT mangsa ditemukan dengan kesan tetakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia