Utusan Borneo (Sabah)

Anak gajah cedera ditemui berkeliara­n dalam hutan simpan

Bersendiri­an dalam Hutan Simpan Sungai Taliwas

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Seekor anak gajah jantan Pygmy Borneo ditemui dalam keadaan lemah bersendiri­an di dalam Hutan Simpan Sungai Taliwas, dekat sini, pada petang Khamis.

Pengarah Hidupan Liar Negeri, Augustine Tuuga berkata anak gajah berusia dua tahun ditemui petugas di satu kawasan berhampira­n sempadan Hutan Simpan Sungai Taliwas dengan ladang kelapa sawit pada petang Rabu dengan kesan kakinya yang cedera.

“Kaki kanan di bahagian depan anak gajah itu telah cedera disyaki kerana terkena jerat yang dipasang pemburu di suatu tempat yang dilalui kumpulan gajah itu.

“Kecederaan itu mungkin sudah lama hingga jerat dikakinya semakin ketat hingga akhirnya menyebabka­n kakinya sukar lagi berjalan bersama kumpulanny­a,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi lawatan kerja Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar ke Pusat Pelanconga­n Kawag.

Ketika mengunjung­i anak gajah itu di satu kawasan kira-kira 300 meter dari jalan utama menuju Kawag, kelihatan seorang pengamal perubatan dari Wildlife Rescue dan petugas Jabatan Hidupan Liar Daerah Lahad Datu.

Difahamkan anak gajah tersebut sudah diberi ubat penenang agar petugas boleh membuat pemeriksaa­n dan rawatan seterusnya dipindahka­n ke tempat selamat.

Mengulas mengenai situasi itu, Assafal berkata keadaan sedih menyelubun­gi dirinya apabila melihat keadaan anak gajah itu yang menderita kesan tindakan pemburu yang memasang jerat namun terkena anak gajah yang masih memerlukan perhatian terutama ibunya.

“Setelah menyaksika­n sendiri keadaan ini, saya mahu masyarakat lebih peka dan mahu bertanggun­gjawab terhadap keadaan kesinambun­gan spesis gajah yng semakin pupus itu.

“Ini bukanlah kes pertama dan ianya semakin keterlalua­n dan penguatkua­saan perlu dipertingk­atkan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Sejak awal tahun sumber merekodkan sebanyak 19 ekor gajah mati di Sabah termasuk dua daripadany­a disebabkan jerat.

Faktor utama kematian gajah-gajah tersebut adalah disebabkan penyakit namun siasatan menyeluruh mengenai sebab lain masih giat dilakukan.

Turut hadir, Pegawai Hidupan Liar Daerah Lahad Datu Silvester Saimin dan Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu Juraimin Jadil.

Pada perkembang­an lawatan dan taklimat di Pusat Pelanconga­n Kawag, Assafal melawat kemudahan yang ada disediakan di pusat itu dan meluangkan masa menaiki menara tinjau dan menemui pelancong asing di situ.

Beliau berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan dan berharap mutu perkhidmat­an sentiasa ditingkatk­an selaras keperluan pakej pelanconga­n yang diingini pelanggan.

 ??  ??
 ??  ?? AUGUSTINE menunjukka­n tali jerat yang mencederak­an anak gajah.
AUGUSTINE menunjukka­n tali jerat yang mencederak­an anak gajah.
 ??  ?? ASSAFAL, Augustine bersama rombongan lawatan kerja ke Pusat Pelanconga­n Kawag.
ASSAFAL, Augustine bersama rombongan lawatan kerja ke Pusat Pelanconga­n Kawag.
 ??  ?? AUGUSTINE, Assafal, Juraimin ketika melawat keadaan anak gajah.
AUGUSTINE, Assafal, Juraimin ketika melawat keadaan anak gajah.
 ??  ?? KAKI anak gaja yang cedera.
KAKI anak gaja yang cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia