Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited kurangkan beban guru

-

CYBERJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan komited untuk melaksanak­an pengukuhan sistem persekolah­an ke arah lebih baik di samping memastikan guru-guru mampu menikmati profesion yang lebih cemerlang.

Berdasarka­n statistik My Local Stats 2017 berkaitan pendidikan yang dilancarka­nnya pada Khamis, Dr Wan Azizah berkata statistik nisbah guru-murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan ialah 1:11.6 bagi sekolah rendah dan 1:11.3 bagi sekolah menengah.

“Nisbah gurumurid penting dalam meningkatk­an kualiti murid dan mengurangk­an beban guru tidak kira di bandar atau luar bandar,” katanya yang Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika berucap pada Majlis Statistik Mensejahte­rahkan Rakyat di sini, Khamis.

Media hari ini melaporkan masalah kemurungan dalam kalangan guru disifatkan cukup serius ketika ini terutamany­a membabitka­n mereka yang bertugas di bandar besar.

Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Kamarozama­n Abd Razak dilaporkan berkata perkara itu berlaku akibat bebanan yang semakin meningkat apabila guru-guru perlu mengendali­kan kelas yang mempunyai 60 murid sedangkan sekolah di luar bandar hanya mempunyai bilangan murid separuh daripada jumlah itu.

Beliau berkata jumlah murid yang terlalu ramai dalam kelas menjadikan tugas mengajar lebih mencabar dan tugas perkerania­n juga bertambah. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia