Utusan Borneo (Sabah)

Pembetulan pemilihan Pengerusi PAC berdasarka­n undian

-

SHAH ALAM: Pertimbang­an hanya nama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengisi jawatan Pengerusi Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) bukan muktamad kerana ia harus berdasarka­n undian semua Anggota Parlimen.

Bekas anggota PAC, Tony Pua Kiam Wee berkata ini kerana ada kemungkina­n mana-mana anggota Parlimen pembangkan­g lain yang berminat akan muncul untuk menjadi antara calon bagi mengisi jawatan tersebut.

“Saya tidak tahu siapa akan dilantik (menjadi pengerusi PAC) tapi memang ia harus datang daripada pihak pembangkan­g untuk beri semak dan imbang kepada kerajaan sekarang.

“Kalau mungkin ada (anggota Parlimen pembangkan­g lain) yang berminat, kita tunggu dan lihat sajalah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan RM1 juta oleh lebih 200 syarikat perkapalan dan logistik di Pelabuhan Klang kepada Tabung Harapan Malaysia. di sini, malam Khamis.

Pua, yang juga Anggota Parlimen Damansara, berkata kerajaan Pakatan Harapan akan menerima sesiapa sahaja dari pihak pembangkan­g untuk mengisi jawatan berkenaan.

Media pada Khamis melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong mengesahka­n hanya nama Ahmad Zahid sahaja yang dipertimba­ngkan untuk dipilih sebagai Pengerusi PAC.

Namun, katanya, buat masa inikeputus­anituadala­hditangan Ahmad Zahid sama ada mahu menerima jawatan tersebut atau tidak. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia