Utusan Borneo (Sabah)

Wirawati Warisan Sepanggar lancar tabung bantuan mangsa kebakaran

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) Sepanggar telah melancarka­n tabung bantuan mangsa kebakaran bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Cenderamat­a 2 Likas, di sini baru-baru ini.

Ketua Wirawati Warisan Sepanggar Erzayani Opong berkata, tabung yang dilancarka­n itu dijangka dapat membantu mangsa kebakaran yang melibatkan sebanyak 146 rumah musnah terbakar dengan seramai 784 mangsa.

“Keadaan mangsa sangat menyedihka­n apabila kebanyakan­nya tidak sempat menyelamat­kan harta benda terutama dokumen penting, pakaian, perabot dan barangan kegunaan harian.

“Api merebak cepat sekali dan sukar dikawal. Saya tahu, warga Sabah sangat prihatin dan peka dengan memberi bantuan bagi apa sahaja masalah yang menimpa masyarakat di negeri ini tidak kira di mana saja berada,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, jentera Wirawati Warisan Sepanggar bersedia membantu bagi meringanka­n masalah yang dihadapi mangsa dengan mengumpul bantuan daripada orang ramai.

“Saya yakin, lawatan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ke lokasi kejadian dapat memberi satu harapan baharu kepada mangsa yang sangat memerlukan bantuan.

“Orang ramai bolehlah menyumbang dengan menghubung­i talian 0168399663,” katanya.

Baru-baru ini, beliau turut mengadakan lawatan ke lokasi kejadian dan penempatan sementara mangsa kebakaran.

 ??  ?? ERZAYANI
ERZAYANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia