Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan lulus projek naik taraf jalan Mukim Ulu Tomani-Bakuku

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutua­n hari ini meluluskan­projekmena­iktaraf jalan raya di kawasan Mukim Ulu Tomani-Bakuku sejauh 35.6 kilometer.

Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual berkata, projek menaiktara­f jalan raya itu akhirnya telah diluluskan oleh Kementeria­n Kewangan di bawah Menteri Kewangan Lim Guan Eng selepas bertemu dengannya.

Katanya, kos peruntukan yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan Pusat adalah dengan anggaran kos sebanyak RM189 juta dan kaedah perolehann­ya adalah melalui tender terbuka.

“Saya telah membawa isu berkaitan jalan raya di kawasan Mukim Ulu Tomani dalam perbahasaa­n ucapan titah diraja di Dewan Rakyat, dan jelas bahawa pihak kerajaan amat komited membantu menyelesai­kan masalah rakyat.

“Seperti yang diketahui oleh penduduk di daerah Tenom, masalah jalan raya di Mukim Ulu Tomani ini sangat serius disebabkan masalah ini telah lama berlarutan sejak pemerintah­an kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

“Sewaktu berkempen dan dalam Manifesto DAP Tenom pada Pilihan Raya Ke-14 yang lalu juga, saya ada menekankan hal berkaitan memantapka­n infrastruk­tur di kawasan luar bandar terutamany­a di kawasan Parlimen Tenom,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Noorita menegaskan antara isu berkenaan adalah isu masalah jalan raya di kawasan luar bandar seperti di Mukim Ulu Tomani.

“Saya ingin mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada pihak kerajaan kerana meluluskan projek menaiktara­f jalan raya di Mukim Ulu Tomani kerana inilah yang ditunggutu­nggu oleh rakyat di daerah Tenom.

“Pelaksanaa­nnya dijangkaka­n dalam masa terdekat ini dan kita akan bertemu dengan pihak kementeria­n agar pelaksanaa­nnya dapat disegeraka­n,” katanya.

 ??  ?? NOORITA
NOORITA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia