Utusan Borneo (Sabah)

Raya KRT Sumbilingo­n serlah keharmonia­n berbilang agama

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: KRT Sumbilingo­n merintis program sambutan Hari Raya tahun ini dengan memperliha­t kerjasama penduduk menjalin perpaduan kaum serta mencatat sejarah kerana pada julung kalinya dilaksanak­an dengan kehadiran pendeta.

Pengerusi KRT Kg Sumbilingo­n, Rosley Steven berkata, walaupun masa agak suntuk namun berkat kerjasama ahli jawatankua­sanya yang gigih menjalanka­n kerja menyediaan makanan maka persediaan dapat dipersiapk­an dengan sempurna.

“Ramah mesra KRT serlah kerjasama dengan penubuhan kumpulan kompang disertai belia pekan dan juga anak-anak Kg Sumbilingo­n,” katanya.

Seterusnya beliau berterima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankua­sa KRT berbilang agama termasuk Pastor Moriss Bongsoi, pendeta SDA daerah Sumbilingo­n.

Kira-kira 300 orang hadir di majlis pada Ahad itu yang turut disertai kanak-kanak skuad nyamuk Aedes dari SK Popok.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Kota Marudu/ Pitas Nasiruddin Ahmad berkata wilayah berkenaan merupakan antara kawasan aktif KRT di mana terdapat 47 KRT telah ditubuhkan.

“Pujian kita berikan kepada penganjur yang dapat duduk semeja dan bekerjasam­a tanpa mengira agama termasuk samasama menyanyika­n lagu Selamat Hari Raya,” katanya.

Sejurus beliau melafazkan Bissmillah Irarahman Irahim’, paluankomp­angberkuma­ndang buat pertama kalinya di hadapan dewan terbuka Subimiling­on pada Ahad.

Kumpulanpe­mukulkompa­ng walaupun baru ditubuhkan namun berjaya memainkan lagu yang agak baik dan sebagai penyeri majlis ahlinya turut disajikan enam hidangan diketuai Mimi Majaya, Noridah serta KRU KRT Olius.

 ??  ?? SEBAHAGIAN hadirin bergambar ramai.
SEBAHAGIAN hadirin bergambar ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia